Parti Hak Asasi Manusia (HRP) menyalahkan polis yang membuat tangkapan terhadap penyokongnya dan ahli kumpulan Barisan Bertindak Hak-hak India (Hindraf) sebagai punca ramai yang tidak keluar berhimpun di KLCC semalam.

"Kenapa mereka tidak menunaikan hak kami untuk berkumpul secara aman mengikut Artikel 10 (Perlembagaan Persekutuan)?" soalnya.
Pada perhimpunan semalam, seramai 109 penyokong termasuk beberapa pemimpin utama HRP dan Hindraf ditahan polis.
Antara mereka, setiausaha sementara HRP, P Uthayakumar dan ketua penerangannya S Jayathas. Semua mereka dibebaskan lewat petang semalam.

Uthayakumar yang turut hadir sama juga bersetuju dengan pandangan rakannya berhubung perkara tersebut.
"Hindraf akan dikuburkan apabila masalah masyarakat India miskin diselesaikan. Cukup mudah... Selesaikan masalah (masyarakat) India, Hindraf akan pergi (dibubarkan).
"Kami memberi tips ini (untuk membubarkan Hindraf) kepada perdana menteri atau menteri dalam negeri, sekiranya mereka tidak mengetahuinya," kata Uthaya yang juga seorang peguam.

Katanya, memorandum yang dihantar sejak tiga tahun lalu kini masih belum ada sebarang maklum balas. Ini termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri - yang turut diberi salinan memorandum tuntutan mereka.
"Sekarang kita nak tahu, apa yang berlaku, apa yang telah dilakukan dan apa yang akan dilakukan (oleh kerajaan). Tidak ada memorandum lagi (selepas ini), buang masa... Kami ikhlas untuk membela kaum India yang miskin," katanya.

Ditanya sama ada, perhimpunan akan dianjurkan lagi selepas ini, Uthayakumar berkata pihaknya akan menunggu reaksi daripada perdana menteri dahulu.
"Kami mahu menyelesaikan masalah dengan cara baik... Kami mahu jawapan terhadap 18 tuntutan kami. Sekiranya beliau menyelesaikan masalah kami, maka tidak perlu kepada perhimpunan," katanya.
Pada sidang media yang sama, Sambulingam berkata seramai 14 orang lagi yang penyokong kumpulan itu - yang mengadakan nyalaan lilin di Balai Polis Jinjang malam semalam - masih lagi ditahan di Balai Polis Bukit Jalil.
Katanya, beliau diberitahu seorang daripada mereka, remaja berumur 17 tahun - ditahan dan dibawa ke balai polis di Sungai Besi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan