Kadang - kadang kita terfikir secara logik,di manakah janji - janji reformasi yang di canangkan ketika pemilihan dulu?
Kadang - kadang Teringat kembali kemana kah menghilangnya si pembodek - pembodek AMK yang sangup ber"tranformasi menjadi pemaki hamun kepada Chegu Bard.
Setelah maki hamun dilemparkan,setelah tuduhan,kecaman dan dakwaan tak berasas di lempar se'enak kali ini punya la lembut meminta agar berdamai dan merapatkan saf.Ramai yang cuba menafikan akan konflik namun terpulanglah pada mereka.
Sedarkah mereka atas platform apa yang mereka harus berdiri dalam PKR ini.mereka lupa akan nama PKR yang sebenarnya.apa mereka fikir kita mahu bermusuhan sampai bila - bila.Bukan itu maksud kamiyang masih enggan merapatkan saf dalam AMK.
Kita atau mereka menyertai parti ini atas dasar dan konsep keadilan sesuai dengan namanya keadilan.LSS banyak juga menjawab soalan - soalan dari geng - geng 3.0 antara salah satu soalan yang agak melucukan ialah bagaimana mereka boleh bertanya bagaimana siasatan pemilihan PKR boleh menguatkan parti dan AMK.
Mereka ini lupa,atau terlupa,atau buat - buat lupa yang mana prinsip awal parti ini ialah memperjuangkan keadilan buat seluruh umat manusia.Malah ada yang lebih melucukan ada pula yang beri kan alasan untuk tidak perlu kepada siasatan.
Seperti contoh mereka mendakwa yang setiausaha agong parti iaitu Saifudin nasution tak cukup kakitangan untuk membuat siasatan.Di sini LSS baru beri hujah yang lebih jelas agar mereka - mereka yang dah terbiasa kenyang perutnya dengan tender kerajaan negeri selangor boleh "beliakkan mata" besar - besar.
Kamu semua menyertai PKR atas prinsip Keadilan bukan 3.0,jadi tolonglah sedar dan bangun dari lena yang perjuangan ini adalah untuk menuntut keadilan.Adalah cukup memalukan di hadapan sekutu dan seteru andai mereka tahu yang kita hanya menggunakan nama keadilan itu hanya sebagai topeng perjuangan.
Sudah pastinya kita (PKR) akan jadi beban yang berat buat,rakan - rakan kita dalam pakatan seperti DAP dan PAS.Jadi sudah siasatan Pemilihan ini akan menjadi bukti yang kita masih membela keadilan.
Helo kawan! ada berapa ramai dari geng 3.0 yang masih mahu bawa perangai UMO kedalam PKR? salah satu perangai buruk UMNO ialah "cakap tak serupa bikin"
UMNO kononya mahu jadi pembela melayu tapi topeng mereka terbongkar mereka sendiri mengusir orang melayu dari kampung berembang dan rimba jaya.
Tapi kali ini adakah AMK dan PKR pula akan mencontohi UMNO? hanya pandai bercakap soal keadilan tapi pada realiti apabila belaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pemilihan yang lalu, pemimpin yang begitu lantang mengkritik UMNO hanya tunduk berdiam diri.
Tapi setelah luka dalaman PKR kelihatan agak kritikal barulah ada mereka - mereka yang menyedarinya melonta persoalan - persoalan seperti "AMK PUSAT KEADILAN PKR di Melaka -berapakah peratus kebenaran kiranya dituding jari WANITA YG ENGGAN KERJASAMA DENGAN AMK (mungkin faktor - faktor silam) atau SEBALIKNYA??? nak salahkan pemimpin yang tak mahu tutup buku atau pengikut yang tak berani menegur"
dan tak kurang pula yang tercari - cari dan tergapai - gapai contohny ada di antara mereka yang mengutara masalah populariti AMK yang kini semakin Pudar sebagai Contoh ada yang berkata ada sebarang idea/tunjuk arah bagi panduan? mungkin formula atau perkara2 tertentu yg boleh diperbaiki/kita tegur utk pastikan AMK LEBIH BAGUS DARIPADA SAMM ? ATAU AMK takkan mungkin berubah jika beberapa perkara /isu masih belum diselesaikan/diatasi? apa perkara2 itu? nyatakan supaya semua tahu?
Maka apabila ini berlaku ahli - ahli parti bukan sahaja enggan merapatkan saf malah terus hilang keyakinan terhadap prinsip dan hala tuju PKR.Lihat lah berapa ramai yang sudah meninggalkan parti.
aka tak hairanlah bukan sahaja anak muda malah Mahasiswa juga nak muak dengan sikap mereka - mereka ini,dan sebagai impaknya mereka tidak lagi di benarkan menyertai program - program Politik mahasiswa malah di arahkan keluar dari amjli mahasiswa.
Mungkin mereka boleh beri alasan kerana mereka - mereka ini kalah dalam pemilihan tetapi apa halnya yang tak bertanding tetapi hilang keyakinan dan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti.
Beberapa hari lalu CMK sudah pun menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha agung,dan tak lama selepas itu pemikir dan cedikiawan PKR yang terulung iaitu Mat Saman Kati Pula mengambil keputusan untuk melambaikan tangan dan mengucapkan selamat jalan pada PKR.
Akhirnya Sebahagian besar dari pemimpin dan pejuang Anak Muda di dalam AMK yang hilang keyakinan pada parti tapi tidak keluar parti mengambil keputusan untuk menyertai SAMM iaitu satu lagi sayap perjuangan anak muda yang bersifat Radikal dan Konservatif.
Mereka tidak lagi menghiraukan AMK dan mula lah ada yang meminggirkan diri dalam semua program AMK yang di lihat sudah mula tersimpang dari memperjuangkan agenda anak muda.
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) kini mula menjadi destinasi dan pilihan anak muda yang mana di sini tempat yang betul untuk membawa Ispirasi dan aspirasi anak muda yang lebih radikal dan konservatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan