Selasa, 22 Februari 2011

Faekah Sahkan Umno Dalang Penerbitan Selangor Terkini

seltipuSetiausaha Politik kepada Menteri Besar , Faekah Husin mendedahkan Umno merupakan dalang disebalik penerbitan dan penyebaran akhbar Selangor Terkini yang menyerupai akhbar terbitan kerajaan negeri "Selangor Kini" dalam satu sidang media yang berlangsung di bangunan SUK hari ini.

Faekah mendakwa pemimpin Umno Selangor terlibat dalam penerbitan juga penyebaran akhbar terbabit yang mana ia menyalahi undang-undang ekoran menggunakan logo rasmi Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.

Menurut Faekah , selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor , akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam sidang media tersebut , Faekah turut menunjukkan bukti terbaru mengesahkan pembabitan pemimpin Barisan Nasional apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kuang Abdul Syukor Idris diedarkan bersama-sama akhbar itu pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul.

Katanya , semua maklumat dan bahan bukti "terkini" itu akan diserahkan kepada polis hari ini.

"Kerajaan Negeri akan menggesa pihak Kerajaan Dalam Negeri KDN , kerajaan , polis untuk menyiasat dengan lebih terperinci dakwaan bahawa Umno Selangor terlibat secara langsung dalam menghasilkan akhbar itu.

"Jesteru itu kami berharap agar pihak polis juga pihak KDN menyiasat kes ini dengan segera dan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana jelas menerbitkan akhbar tanpa mempunyai permit adalah salah di sisi undang -undang begitu juga dengan penggunaan logo rasmi kerajaan negeri yang kita anggap ia merupakan satu kesalahan serius yang tidak menghormati undang-undang dan Sultan Selangor.Inilah penderhakaan sebenar,"ujar Faekah.

Ketika ditanya dalang utama disebalik akhbar tersebut, beliau berkata Datuk Noh Omar sebahagian daripada Umno Selangor"

Jelas Faekah lagi , pihaknya sedia memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dalam menyelesaikan kes itu malah turut menawarkan bantuan kepada polis dengan mendapatkan khidmat penyiasat persendirian .

17 Januari lalu Kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Shah Alam terhadap akbar berkenaan.

Bagaimanapun , menurut Faekah setakat ini Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang maklumat terbaru hasil siasatan berhubung laporan yang dibuat itu.

Wartawan Siasah difahamkan penerbitan akhbar Selangor Terkini telah diedarkan di lembah Klang sejak beberapa bulan lalu yang mana ia diterbitkan dua kali sebulan malah reka bentuk muka depan akhbar itu sama seperti akbar Selangor Kini menggunakan logo rasmi kerajaan Negeri Selangor . Yang hanya membezakannya ialah logo 1Malaysia berada di belakang akhbar "Selangor Terkini" .

Tiada ulasan: