Jumaat, 25 Februari 2011

Ini lah namanya kezaliman terhadap seni dan kebudayaan


Lihat lah sendiri apa yang di laukan oleh gerombolan United Malays National Organisation.Pasar Seni yang sepatutnya menjadi tapak warisan sejarah dunia di gadaikan begitu sahaja kepada towkay - towkay dan cukong - cukong.
Lihat lah kaki lima di luar CM ini,semua aktiviti sini termasuk "busking" (pemuzik jalanan) dan tempat di mana rakyat marhein mencari rezeki kini dirampas.kezaliman apa lagi ni.
LSS mendapatkan serba sedikit maklumat dari peniaga - peniaga disitu khususnya yang menjual hasil - hasil seni dan kebudayaan.Pemilik CM sepatutnya adalah Kerajaan Malaysia.
Tapi sayang kerana bangunan tinggalan sejarah dan tapak seni dan kebudayaan ini menjadi sumber wang kepada cukong - cukong yang selalu membiayai perbelanjaan politik gerombolan akhirnya ia di gadaikan begitu sahaja.
Peniaga - peniaga dan anak - anak seni kini terus terpinggir atas kezaliman ini.
Entah apa lagi yang dapat di lakukan oleh pejuang - pejuang seni,segala kenangan bermain muzik di sepanjang kaki lima di pasar budaya ini hanyalah tinggal kenangan semata - mata,kerana semua telah di hancurkan oleh ketamakan para cukong dan agen kapitalis yang dibela oleh gerombolan United Malays National Organisation.
Kaki lima yang hanya di "renovate" dengan di letakan bumbung dan lambang wau dan kiosk kecil di kenakan bayaran sewa sebanyak RM1500 .Ini lah namanya kezaliman apabila LSS di fahamkan bahawa DBKL juga turut terbabit dalam persubahatan ini.
Lagi apa yang pelik central market pada hari ini ialahsistem keselamatan nya.Kalau sebelum ini Sistem keselamatan hanya membayar pengawal keselamatan tetapi hari ini anda semua memerhatikan sendiri pengurusan CM menggunakan anggota rela "celop" walaupun kita tahu perbuatan ini adalah salah di sisi undang - undang.
dalam pada itu keluhan demi keluhan di suarakan tapi apakan daya mereka tak mampu nak memberontak atas alasan "cari makan" tapi walau begitu sampai satu masa mereka harus sedar kerana apa yang tejadi sekarang terhadap pasar seni adalah satu penindasan terhadap hak,seni dan kebudayaan.
Kalau sebelum ini kitalihat di celah - celah bangunan yang bersejarah ini pasti ada warga marhaein yang hadir dalam mencari sesuap nasi.Ada yang berniaga nasi lemak ada juga yang berniaga keropok lekor tapi hari mini berapa saja yang mampu mereka dapat adakah sekadar membayar sewa yang berharga RM1500 sebulan.
Di celah - celah bangunan yang bersejarah ini pasti kita akan lihat kelibat anak - anak seni yang terus menghidupkan roh seni buat warga marhaein.Ter'kilas juga akan kita kelibat si "nat dengan gitarnya yang selalu menyanyi di hadapan mc'donald(kini Mc'd pon dah takde) begitu jugadengan yang lain - lain seperti meor yusuf aziddin,nik bin jidan juga black amin iskandar.
Mereka - mereka ini adalah di kalangan pemuzik - pemuzik reformasi yang memperjuangkan reformasi melalui lagu - lagu yang di main kan di kaki lima di sepanjang pasar seni.kini pasar seni bukan pasar seni lagi,yang pelik ahli - ahli politik membisu,tak kiralah mereka ni dariPakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional tapi apa yang jelas sibuk sangat berpolitik hingga hak - hak warga marhaen terabai.
Sekarang dua - dua sama,Barisan Nasional ke,Pakatan Rakyat dua kali lima sepuluh,lima kali dua semua,sama pandai sama bodoh,andai mereka terbaca artikel ini dan masih berdiam diri lagi mereka pun samalah kedua - duanya.
dan apa yang pasti peniaga - peniaga seni di pasar seni yang masih tertindas terus memikir dan mencongak masa depan mereka sampai bilakah mereka akan di tindas?sampai bilakah mereka akan terus hidup tertekan .

Tiada ulasan: