Isnin, 7 Februari 2011

Laporan terbaru perkembangan Revolusi Mesir

Rundingan Gagal hentikan Demonstrasi Hari Ke - 14

Para demonstran terus tidak berganjak dari Dataran Tahrir dalam demonstrasi yang masuk hari ke - 14.sehingga ke saat ini tiada tanda - tanda yang menunjukkan aktiviti tunjuk perasaan akan reda meskipun berlangsung rundingan di antara pihak kerajaan dan kumpulan pembangkang.

Rakyat mesir di lihat masih lagi berkemah di luar istana mubarak dan di sekitar dataran Tahrir sedang menjelang hari ini kehidupan di bandar - bandar di sekitar kaherah sudah mula kembali normal setelah 2 minggu berlangsungnya Revolusi Rakyat.

Satu Upacara simbolik pengebumian seorang wartawan yang di tembak mti oleh penyokong pro-mubarak di adakan dan di hadiri oleh isteri dan anak perempuan wartawan tersebut.Dalam pada itu PBB melaporkan angka korban berjumlah 300 orang sepanjang berlangsungnya gerakan Revolusi.

Dan di saat ini keadaan yang tegang di sekitar kaherah dan dan iskandariah sudah mulai reda dan masyarakat mesir sudah mula menjalani kehidupan secara normal sedikit - demi sedikit.Tetapi kelihatan kereta - kereta kebal masih lagi berkawal di sepanjang bangunan - bangunan kerajaan dan bangunan kedutaan.

Tetapi di laporkan juga ketegangan antara para demonstran dan pasukan polis mesir mula berlaku.Ini kerana pada malam minggu yang lalu pada ketika pasukan polis sedang membaiki pagar kawat yang melindungi muzium mesir,ada di antara di kalangan anggota polis telah melepaskan tembakan terhadap para demonstran.

Barua Amerika dan Israel yang baru di lantik sebagai presiden mesir yang baru telah mengadakan rundingan dengan enam kumpulan dan parti pembangkang termasuk gerakan islam yang telah di haramkan oleh kerajaan mesir iaitu Ikhwanul - Muslimin.

REVOLUSI RAKYAT


Salah seorang ktivis revolusioner di dataran tahrir iaitu Salma El-Tarzi memberitahu pada wartawan bahawa mereka tak peduli dengan apa jua rundingan.

"Parti - parti politik boleh lakukan apa sahaja,tetapi persoalannya adakah tindakan mereka itu mewakili kita(Rakyat Mesir)" kata Salma El-Tarzi.

"Gerakan ini bukan datang dari mereka - mereka(parti politik) yang telah bersenang - lenang di sana selama 30 tahun dan selama 30 tahun mereka tak pernah lakukan apa - apa,tetapi revolusi ini adalah Revolusi Rakyat.

Beberapa penganalisis menjangkakan penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam rundingan tersebut.Pada awalnya Ikhwan menolak rundingan tersebut kecuali Mubarak sendiri sudah mengundurkan diri.

Tapi berkata Essam El-Erian salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin memberitahu dalam segala dialog apakah ia dapat memenuhi tuntutan Rakyat.Proses ini akan menyebabkan banyak orang lagi akan menyertai Revolusi dan memberi tekanan terhadap mubarak supaya pergi.

Naun salah seorang ahli gerakan yang berada dalam rundingan tersebut mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin nampak seperti tidakbersedia untuk membawa tuntutan terhadap pengusiran mubarak dari mesir.

"Kita tidak boleh menyebutnya perbincangan atau perundingan. Ikhwanul Muslimin pergi dengan keadaan kunci yang tidak boleh ditinggalkan ... bahawa dia (Mubarak) perlu berundur untuk menghantar fasa demokratik," kata Abdul Moneim Aboul Fotouh

Menurut kenyataan dari pejabat Suleiman yang menyusul selepas pertemuan itu, kerajaan mesir menawarkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyemak perubahan perlembagaan yang dicadangkan.

mendakwa pegawai kerajaan yang dipercayai korup, membawa"liberalisasi" media dan komunikasi dan mencabut status darurat di negara ketika situasi keselamatan dianggap tepat.

Tapi Fotouh mendakwa kerajaan telah gagal untuk mengambil langkah-langkah konkrit . "Jika mereka(Suleiman) benar - benar serius sepatutnya mereka telah membubarkan parlimen yang mana ia merupakan satu keputusan tepat presiden untuk menamatkan situasi darurat".

Tiada ulasan: