
Persaingan sengit antara kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dan musuh tradisinya Pro-Aspirasi (pro-A) akan berlangsung di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Proses pengundian bermula jam 9 pagi tadi sehingga jam 5 petang. Keputusannya pula dijangka diperolehi kira-kira jam 9 malam ini.

Setakat ini belum ada sebarang insiden dilaporkan di kelima-lima universiti itu.
Bagaimanapun, di UKM, jurucakap pro-M, Faiz Ismail memberitahu Malaysiakini, pihaknya selesai membuat bantahan bertulis kepada pentadbir pilihan raya terhadap kelayakan calon parti lawannya di fakulti ekonomi dan pentadbiran.
Faiz yang juga pelajar tahun akhir fakullti pendidikan mendakwa, calon pro-Aspirasi, Norelfarra Mohammad tidak layak bertanding kerana gagal menghadiri bengkel wajib calon yang dikelolakan pihak universiti.

"Bagi kita, kalau tak pergi, tak boleh bertanding walau apa alasan pun," kata Faiz yang masih menunggu keputusan bantahan itu.
Di UM, tinjauan di beberapa Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Melayu dan dua kolej kolej kediaman mendapati proses pengundian bergerak perlahan dan 'muram' ekoran ramai mahasiswa mempunyai kuliah.
Seorang petugas pemilihan memberitahu Federation bloggers, lebih ramai pelajar akan keluar mengundi pada waktu rehat tengah hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan