Isnin, 14 Februari 2011

Suruhanjaya siasat kematian Teoh mulakan prosiding


Suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik seorang anggota Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock memulakan prosiding pagi ini.

Suruhanjaya itu diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar


Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.


Turut hadir peguam mewakili keluarga Teoh Gobind Singh Deo dan peguam Malik Imtiaz yang mewakili negeri Selangor.


Memulakan prosiding, James memaklumkan penubuhan suruhanjaya itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan bertujuan menyiasat sama ada terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Teoh berhubung Perintah-perintah Tetap dan amalannya serta untuk mengesyorkan sebarang tindakan sesuai yang patut diambil dan membuat siasatan tentang kematian Teoh dan keadaan yang membawa kepada kematiannya.


Beliau turut memberitahu pihak suruhanjaya diberi masa sehingga 25 April ini untuk menyelesaikan siasatan

Tiada ulasan: