Selasa, 1 Mac 2011

Apakah Masih Relevan setiap tuduhan


Apa lagi nak di dakwa,berapa ramai yang keluar PKR kerana Wang atau disogok? kalau sebelum ini mungkin kita boleh percaya seperti yang berlaku di perak ke atas 3 ekor katak yang melompat - lompat.
Tapi adakah orang - orang seperti Mat Saman Kati dan Cucu Mat Kilau atau Gobala Krishnan Keluar Parti kerana di beli.
Wahai Tuan Setiausaha Agung,keadilan dalam parti yang harus di tegakkan,pemilihan harus di siasat ketelusannya.
Mungkin benar kata Wak Din Freddie Krueger,PKR harus ukur bajudi badan sendiri sebelum menuduh itu dan ini,persoalannya di sini andai yang melompat keluar di umpan bagaimana pula dengan Tan Tee Beng? adakah Ahli Parlimen Nibong Tebal ini juga di tawarkan ribuan ringgit untuk meninggalkan PKR?
Persoalan bermain andai di umpan oleh geng gerombolan untuk keluar PKR kenapa Tan Tee Beng tak bekerjasama dengan gerombolan dan menyertai salah satu parti di bawah gerombolan seperti gerakan,MCA atau PPP.
Tapi mengapa

Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng sertai KITA???




PETALING JAYA, — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng menyertai parti terbaru Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Tan, wakil rakyat penggal pertama, meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu untuk menjadi anggota Bebas.

Tan berkata beliau menyertai Kita kerana tertarik dengan falsafah perjuangannya.

“Saya menyertai Kita untuk menjadi sebahagian daripada sebuah parti yang berminat ke atas perubahan tulen, untuk mengatasi kebimbangan rakyat yang semakin meningkat, untuk menangani isu agar pembaharuan yang bermakna boleh dijalankan demi kebaikan negara,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tan (gambar) juga menafikan dakwaan bahawa beliau bukan merupakan seorang pemimpin yang efektif ekoran tindakannya sering keluar dan melompat parti.

Beliau merupakan ahli Gerakan sebelum menyertai PKR dan kemudian keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

“Pertama, biar saya kata, saya tidak melompat keluar. Saya dipecat pada 2 Januari 2000, bersama bapa saya yang juga seorang pengasas Gerakan,” kata beliau yang menyertai PKR pada 2007.

Kita mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan minggu lalu.

Ketika ditanya sama ada Kita mendampingi ahli-ahli Parlimen lain, Zaid berkata, pihaknya tidak percaya pada soal “jual beli.”

Katanya parti itu terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan falsafah dan manifestonya.

Kata Zaid, keanggotaan bukan automatik dan parti akan menolak mereka yang dilihat akan menjejaskan kepentingan parti.

“Kami tidak mahu mereka yang boleh menyebabkan masalah,” kata bekas menteri Kabinet persekutuan ini.

kenapa? mengapa? adakah di umpan oleh gerombolan atau kecewa melihat keadilan di dalam parti di ketepikan begitu sahaja?
jawab lah sendiri pelbagai persoalan yang amat merunsingkan PKR,selama Anwar Ibrahim di lihat hanya "membela" golongan elit di dalam PKR sedangkan golongan "street fighter" di pinggirkan begitu sahaja.
lantas golongan - golongan di kalangan "street fighter" telah pergi meninggalkan keyakinan mereka yang semakin hilang terhadap Anwar bukan kerana kedudukan tetapi kerana kecewa erti keadilan telah dipinggirkan.
Andai kata Anwar dicampak semula ke sungai buloh siapakah yang akan turun ke jalan raya setelah "street fighter melangkah pergi?

Tiada ulasan: