Jumaat, 4 Mac 2011

Ini pon Nak kelentong kerr???


Polis dakwa Anwar dimaklum alasan tangkapan-Mkini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, SN Nair, sudah dimaklumkan bahawa penahanan ketua pembangkang itu pada 2008 dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertujuan membantu siasatan polis berhubung satu kes liwat.

Superintenden Ahmad Taufik Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, memberitahu bicara dalam perbicaraan dalam kes liwat Anwar bahawa siasatan itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pegawai dari Cawangan Jenayah Berat (D9) itu mengulangi bahawa beliau memaklumkan kepada Nair apabila peguam itu menghampirinya selepas beliau (Ahmad Taufik) dan pasukannya (polis) menahan kereta Anwar di Jalan Segambut kira-kira 1 tengah hari pada 16 Julai, 2008.

Saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa Anwar dimaklumkan tentang seksyen (undang-undang) yang digunakan untuk menahan beliau ketika tertuduh dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL).

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Ahmad Taufik berkata waran penangkapan diserahkan kepada beliau oleh Pegawai Penyiasat Timbalan Superintenden Jude Blaciuos Pereira dan ia diserahkan kepada Anwar di balai polis berkenaan.

Beliau berkata Anwar mengakui menerima waran penangkapan itu dengan menurunkan tanda tangannya pada waran berkenaan dan beliau (Ahmad Taufik) membuat salinan sebelum menyerahkannya semula kepada Pereira.

LSS: Lagi kelentong maut! dah dekat - dekat pilihanraya kecil ni takkan ni pon nak kelentong! kalau Anwar Sain waran tangkap dah tentu dia bersama peguamnya sankara nair akan serah diri pada hari yang di tetapkan,oleh itu tak payah lah hantar penyangak gestapo serbu dia punya kereta.

siap menyorok dalam semak dan dalam belukar lagi,dia bukannya nak pergi airport lari kan diri tapi dia cuma balik rumah nak semayang dan makan tengah hari.Nampak sangat kelentong maut.

Berapa banyak benda nak kelentong daa...........alau betol ada waran tangkap datang tangkap elok - elok lah! tak payah lah bawak penyangak gestapo,ini bukan macam dalam filem die hard 3 atau pengganas al-qaeda,apa yang di risaukan.

Tak payah buat kelentong! kalau betul ada waran tangkap tak payah lah ramai - ramai pergi menyorok tepi belukar dan tepi semak siap pakai topeng mesin rumput pulak! apa korang ingat ini filem the mask kerrr? lakonan jim carey!!!


Tiada ulasan: