Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.
"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada.
"Bahkan SPR sentiasa responsif terhadap perubahan semasa dengan melakukan proses rekayasa menerusi usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusan operasinya demi untuk memperkasakan sistem pilihan raya sekaligus demokrasi Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Jangankan 1 malaysia malah seluruh Mahkluk Tuhan di alam maya ni akan berguling - guling ketawa bila terbaca berita ni,pertubuhan berok - berok sedunia akan terguling - guling tergelak kaw - kaw punya! Ni nak tanya sket...Belacan ni datang dari galaksi mana? planet mana?
Mempercayai kata - kata Putu Mayam ni sama lah juga dengan mempercayai bahawa berat mama penguin hanyalah 25 kilograms sahaja..Kah..Kah...Kah
Teresa Kok ni pun satu,cuba la tanya ada berapa banyak selipar jepun yang putu mayam ni ada...kah...kah..kah
Semenjak pilihanraya 1959 kita sudah kena kelentong kaw - kaw, 1 malaysia kena "auta Power" kalau tak caya cuba tanya putu mayam ni kenapa tak nak mansuhkan undi pos?Kenapa tak nak pakai dakwat kekal ?Kenapa tak nak celup dakwat lepas mengundi? ada berapa banyak pengundi hantu?
kenapa daftar pemilih keluar masuk kawasan?Ada berapa ramai polis,tentera dan penjawat awam yang punya 2 mykad? ada berapa banyak bangla,vietnam,mynmar di beri mykad?
Tak caya cuba "try" cari satu berita yang tersiar seminggu sebelum pilihanraya kecil tenang!gerenti kita akan jumpa gambar mat monggol dengan satu geng yang baru di beri mykad!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan