Khamis, 31 Mac 2011

Kalau Tak Kelentong Macam Mana Nak Menang!

Daim: BN boleh kekal di Sarawak tapi diramal hilang banyak kerusi-Minsider

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”



“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini.



Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.



Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.



Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April.



Awal minggu ini, Daim meramalkan bahawa BN akan mencatatkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun ini, tetapi pastinya tidak lebih buruk berbanding kedudukan tiga tahun lalu.



Hari ini, Daim juga berkata hasrat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri adalah langkah baik kerana tiada pemimpin yang harus berada dalam kuasa begitu lama.



“Anda lihat apa yang berlaku ke atas Mubarak, apa yang berlaku di Tunisia. Dia mesti tahu bila (untuk pergi),” kata Daim lagi.



“Jangan kata anda tidak boleh temui seorang pengganti. Itu bukan kesnya,” kata beliau lagi.



Malah kata beliau, bukan kerja Taib untuk memilih pengganti yang sesuai memandangkan perkara itu seharusnya diserahkan kepada parti untuk diputuskan.



Taib yang genap 30 tahun menjadi ketua menteri 26 Mac lalu, baru-baru ini mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri Sarawak.



Pakatan Rakyat dijangka memfokus kepada soal rasuah dan dakwaan salah guna kuasa yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan kepada BN di kawasan-kawasan bandar khususnyua pengundi Cina.


Bagaimanapun pembangkang sangsi orang kuat BN akan mengotakan kata-katanya dan kata mereka, jika beliau jujur seharusnya melepaskan jawatan sebelum pilihan raya negeri.


penipu, kaskus.us


LSS: Aaaa........Ada lagi mangkuk ayun ni!!!!!! ingatkan dah mamposs, Dulu masa 1998 mangkuk ni ditugaskan untuk merembat jawatan anwar.Lepas itu Daim menjadi bank utama bagi mahafiraun untuk menerus tugas - tugas jahatnya!


Tak lama lepas tu kedengaran berita yang mangkuk ayun ni telah meletak jawatan. Pasal apa? walauapa pun Mahafiraun menafikan berita tersebut melalui Utusan Melalok! yang bertarikh


01/06/2001


Daim tidak letak jawatan, kata PM-Utusan Melalok


KUALA LUMPUR 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak spekulasi yang Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah meletakkan jawatan dalam Kabinet.


Ketika ditemui pemberita sekembalinya dari Jakarta selepas menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 15 Negara Membangun (G15), Dr Mahathir berkata, beliau tidak menerima apa-apa surat daripada Daim mengenai peletakan jawatan yang diheboh-hebohkan itu.


Apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa spekulasi Daim akan meletakkan jawatan tidak lama lagi semakin meningkat, beliau berkata: "Saya tidak mahu mengulas mengenai spekulasi."


Daim dijangka kembali bertugas hari ini di Kementerian Kewangan selepas bercuti selama dua bulan.


Daim juga bertindak sebagai Menteri Tugas-tugas Khas. - Bernama


Jadi mangkuk ayun tak payah nak cerita banyak.Kelentong maut gerombolan pun dia nak auta lagi.SPR tusapa punya barua pun dia tau lagi nak kelentong ke.....gerombolan menang bukan kerana sokongan rakyat tapi melalui kelentong maut dalam pilihanraya.


Nasihat LSS: Kalau Pilihanraya Boleh melakukan Reformasi dah lama gerombolan haramkan pilihanraya!

Tiada ulasan: