Raja Brooke sarawak telah pun mengumumkan kan pembubaran DUN Sarawak Isnin ini,Apakah Pakatan sudah bersedia menghadapi Pilihanraya yang pasti penuh dengan kelentong auta giler - babi.Kalau PAS dan DAP pastinya dah bersedia tapi bagaimana dengan PKR? Nampak macam serabut dan penuh dengan teka - teki.
Baru beberapa hari yang lalu sekutu Pakatan di Sarawak iaitu SNAP mula terasa akan ketamakan PKR dalam pembahagian kerusi DUN apabilaSNAP hanya diberi 3 kerusi sahaja.Sedangkan PKR boleh bertanding di 16 kerusi.Macam mana hal ini boleh terjadi? mengapa parti yang datang dari Sarawak di ketepikan.
PRK di Parlimen Batu Sapi pun begitu,seharusnya PKR beri laluan dan sokongan kepada SAPP dan bukannya turut bertempur daam 3 penjuru.PKR harus memikirkan peranannya semula dalam Pakatan kerana Pakatan ini Milik rakyat Bukan PKR.
Kemungkinan besar SNAP juga tetap akan masuk juga dalam pertempuran 3 penjuru tapi apa yang pasti yang menang tetap gerombolan kerana gerombolan memang menginginkan hal ini terjadi di samping baruanya SPR yang akan memberikan kemenangan tipu kepada gerombolan.
Hari isnin nanti SPR akan pura - pura umumkan Pilihanraya Negeri sarawak dalam erti kata yang sebenar kemenangan untuk gerombolan sudah tersedia dan Raja Brooke yang berkuasa lebih lama dari Mahafiraun kini sudah bersedia untuk di sembelih.
Tak lama lagi kita akan terlompat - lompat semula dalam Pilihanraya yang palingkelentong dalam sejarah negara.Mungkin Mat Rozan kata kita dah lakukan reformasi selepas PRU-12 apabila berjaya rampas 5 negeri,tapi bagi LSS itu bukan Reformasi,itu hanya anjakkan sedikit sahaja.
Apa yang pasti PRU-12 tak mengubah apa - apa dalam Keseluruhan aspek institusi di negara ini,apa yang berubah hanyalah tampuk pemerintahan negeri tetapi tidak Reformasi Keseluruhan Institusi.Kehakiman,Legaslatif,Eksekutif,Pilihanraya,Keselamatan dan Perubahan Minda Masyarakat belum lagi di Reformasikan kerana tampuk persekutuan masih di kuasai Oleh Gerombolan.
Tapi apa yang pasti gerombolan United Malays National Organisation pasti takkan melepaskan kedudukan dan takhta begitu sahaja.Ramai di antara Ahli AMK dan PKR cukup Percaya yang mereka pasti akan rampas Putrajaya dan asyik bercakap pasal kerangka politik menuju ke Putrajaya.
Tapi yakin lah! Pilihanraya tak akan membawa Pakatan ke Putrajaya Selagi Gerombolan dan Rajagopal masih ada.kalau nak tahu Gerombolan itulah Rajagopal dan Rajagopal itulah Gerombolan.Andai kedua - dua atau salah satunya masih ada jangan mimpilah Pakatan akan menakluki tampuk pemerintahan.
Ini benda sahih dan benar,sejarah sendiri sudah menceritakan,sejarah sendiri sudah membuktikan apa yang sebenarnya berlaku.lihatlah di mesir,selama 30 tahun Hosni mubarak berkuasa semenjak Anwar Sadat Mati di bunuh tetapi Pilihanraya tetap memihak kepada Hosni Mubarak.
Kerana Apa?
Takkan tak tahu lagi atau buat - buat tak tahu.Masih ingat lagi Pada Pilihanraya 1969 apabila gerombolan hilang majoriti 2/3 dalam dewan rakyat punya mencanak - mencanak gerombolan pergi cari karpet merah kat istana mintak agar di gantung parlimen dan dibuat mageran,adakah kita sudah lupa, tapi pada ketika tu Anwar Ibrahim boleh kira junior lagi kat UM.
bersambung........
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan