Sabtu, 12 Mac 2011

terkini:Loji Nuklear di jepun meletup!


Letupan besar di loji janakuasa nuklear Fukushima menghasilkan
asap tebal setinggi 3 kilometer ke udara
Letupan didengar dan asap kelihatan di loji tenaga nuklear No. 1 Fukushima hari ini, lapor agensi berita Jiji memetik polis tempatan.


Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran elemen cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.


Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan sebentar tadi berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Letupan besar berlaku di loji janakuasa Fukushima yang meningkatkan kebimbangan Jepun
terhadap isu nuklear pasca gempa bumi dan tsunami terburuk sejak 140 tahun lalu

“Kami sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan kami akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi

Loji janakuasa nuklear Fukushima sebelum letupan dan kebocoran petang tadi

Tiada ulasan: