SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.
Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.
Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok.
DAP terlibat dalam perang ‘minda’ dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina.
Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.
Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.
Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu.
“Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?” kata beliau.
“Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang,” kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News.
“Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang,” kata Tiong.
Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
LSS: Dah Sampai saat akhir pun boleh berembat sama sendiri ke? macam mana nak menang ni?? itu hari Mat Monggol sakit kepala kena sabotaj ni sekarang siapa sabotaj siapa nie? itu hari sindir Rosmah secara kiasan yang mana "mambokk" (hantu) akan datang!
Hari ni tibai "style" sound tepat pulak! Dah United Malays National Organisation kena Momok pulak! tapi paling tepat kena ialah mama Penguin! Lagi Bagoss....kalau United Malays national Organisation Datang!
Gerenti Dayak dengan Iban Akan Datang Sambut United Malays national Organisation Punya!sambut dengan apa?
Dengan "ngayauuu...." Lah!!! dengan Apa lagi kah...Kah...Kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan