ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara-Mkini
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.
Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
Tiada p'raya kecilHukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.
Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.
"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.
Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.
LSS: Wayang maut lagi,kes kelentong! Kes kuntau - Muntau,Habis satu Felda kena Kelentong! Kesian Mangkuk Ni tak pasal - pasal jadi kambing gurun yang kena simbah cat hitam dek gerombolan tak budak itam yang di bela kat bawah rumah!
Kelentong ini di lakukan semata - mata nak menunjukkan kepada 1 malaysia yang mana gerombolan ni baik sangat,gerombolan ni bagos sangat memerangi rasuah! tapi lihat macam mana cerita ini di putar - belit!
Dia dah di jatuhkan hukuman,kemudian di beri peluang untuk membuat rayuan dan lepas itu kita akan dengar yang mangkuk ayun ni rayuan nya diterima.Maka takkan ada Pilihanraya Kecil dan hukuman mangkuk ini di kurangkan atau mungkin mangkuk ini akan terlepas.
sekian wayang kulit kuntau - muntau,auta power dari gerombolan United Malays National Organisation!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan