Selasa, 24 Mei 2011

Adat la tu, Zionis bertopengkan Islam Tangkap Syiah yang dituduh sesat!

EMPAT ANGGOTA SYIAH DI TAHAN JAIS-Mkini






Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.





Jurucakap majlis Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.


Dua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, jurucakap majlis Radin Ahmad Faizul berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.

JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi mengesahkan tanggkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.









LSS: Itu pasal kita tak payah hairan bila pada tahun 1979 masa Tuan guru Nik Aziz jadi ahli Parlimen Ulu Kelantan Usulkan mengapa PM Hussein Onn tak nak serbu "port" Freemason yang ada punya banyak kat seluruh malaysia sampaikan ada Yahudi boleh bukak Kuil Zionis kat selayang!


Seluruh agensi kerajaan termasuk yang mengaku Jabatan Agama Islam ini sebenarnya sudah di "kontrol" oleh British Israel supaya terus membasmi gerakan - gerakan syiah ini kerana bimbang gerakan - gerakan ini akan menghapuskan pengaruh Yahudi yang ada di Asia Tenggara.


Lihat lah! Iran adalah satu - satu nya Republik Islam yang berfahaman Syiah paling hebat memerangi Zionis dan sekutu - sekutunya.Iran menyalurkan bantuan kewangan dan persenjataan kepada pejuang - pejuang Hamas dan Hezbollah di Lebanon paling hebat menyerang Tel Aviv dari Utara.


Tetapi itu di Timur Tengah maka di Asia tenggara ini Zionis Apco yang secara rasmi telah di lantik oleh Mat Monggol untuk menjadi penasihat negara malaysia telah berjaya mem"barua"kan Gerombolan United Malays National Organisation untuk melunaskan segala agenda - agenda Yahudi Zionis nya di Rantau Asia Tenggara Ini.


Nak tahu kenapa?






itu pasal Malaysia adalah pengerusi kepada sebuah Kongsi Gelap bernama Asean,maka gerombolan United Malays National Organisation yang telah di "barua"kan akan menjalankan semua agenda Zionis Israel tanpa campur tangan terus dari geng - geng itu dari Tel Aviv.......Jelas Bukan!


Jadi apa nak hairan kalau kem - kem Syiah ini lebih hebat di serbu berbanding Lodge - Lodge Freemason yang ada kat seluruh Malaysia ini.Itu pasal gerombolan dah jadi barua kepada boss besar yang ada di Tel Aviv.

Tiada ulasan: