Geng gerombolan terus memainkan drama di hadapan Rakyat 1 malaysia,Hakim dan seluruh institusi Kerajaan di jadi kan sebagai barua -barua.Semua perjalanan skrip ini takde lain adalah untuk menghumbankan Anwar ke sungai Buloh.Hal ini pasti, jelas dan tak perlu di nafikan lagi.
Sebab itu berkali -kali di tegaskan tak perlu kita buang banyak masa di mahkamah.Bukan kerana tidak menyokong keadilan untuk saudara anwar tapi selama 53 tahun kita merdeka apakah kita akan percaya lagi pada institusi kehakiman?
Andai Ustaz ibrahim Libya masih hidup dan dibicarakan sudahpasti skrip yang sama dan olahan yang berlainan pastidi gunakan.Pernah itu hari presiden MCLM Harris Ibrahim memberitahu saya bahawa malaysia akan jadi "Banana Republic" tapi apa yangkita lihat hari ini lebih dari sekadar "banana republic"
Kitaran Pembodohan yang di reka oleh gerombolan United Malays National Organisation selama 53 Tahun kita merdeka(kononnya merdeka tapi tak) Adalah untuk memastikan gerombolan terus berkuasa bukan untuk membina kebijaksanaan bangsa.
Kitaran Pembodohan ini di lakukan dengan licik hingga kalau hari ini ada ulama gerombolan kata bahawa kambing itu babi maka seluruh media tukang canang akan mencanangkannya kepada rakyat 1 malaysia bahawa kambing tu tak boleh makan pasal ada daging babi.
Merekacipta sesuatu kesalahan semata - mata untuk mempastikan bahawa pesaing politilnya terus jatuh dan hilang dari persada politik negara.Ustaz Ibrahim Libya ambil keputusan untuk terus Melawan maka dia di "fatwa" kan oleh gerombolan supaya ditembak mati.
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, I.S.A tak boleh di gunakan sebab gerombolan takut rakyat 1 malaysia akan turun ke jalan raya dan bimbang kerajaan gerombolan akan tumbang dalam masa 1 hari dan tak payah tunggu 4 tahun lagi.
Jadi apa perlu kita percaya dan yakin pada institusi kehakiman sekiranya ia sudah di "barua"kan ? Nah! di hadapan kita jalanraya terbentang di hadapan mata, di sinilah Maharaja Nicholas Tzar,Raja Mohamad Shah Reza Pahlevi,Raja Daud,Emperor Bokkasa,Zine el-Biden Ben ali,Hosni Mubarak di humbankan.
Kalau nak tunggu 4 tahun lagi untuk pangkah undi alamat sampai kiamat pun bukan sahaja gerombolan malah mereka - mereka kat atas itu akan terus berkuasa.Dalam Skrip gerombolan apa yang sudah pasti Anwar pasti ke Penjara jadi apa perlu di kisahkan.Sebab selagi gerombolan berkuasa mereka takkan benarkan Anwar bebas.
Hanya satu cara untuk bebas Anwar dan Rakyat 1 Malaysia ialah Turun ke Jalanraya Berdemonstrasi hingga gerombolan tuimbang senasib dengan mereka - mereka yang sewaktu dengannya!
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan