Isnin, 2 Mei 2011

Mat Sauh Bodek Amerika - Israel


Hishammuddin harap kematian Osama bawa keamanan sejagat-Mininsider









KLUANG, 2 Mei – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.


Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.


“Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya dipetik Bernama.


Hishammuddin yang juga Naib Presiden dan Ketua Umno Semberong berkata, adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.


Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbottabad, berdekatan Islamabad.


Dalam pada itu, polis meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian Osama.


Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.


“Pihak polis telahpun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan dan sensitif,” katanya ketika dihubungi Bernama.



LSS: Tak habis - habis nak bodek! semua nak bodek kaki amerika dan israel.LSS masih ingat lagi pada tahun 2002 dulu mahafiraun heboh sangat nak tolong kempen bush untuk perangi pengganas.


Akibatnya Isham "tukar tiub" Saari Sungib "pak abu" Ezam "Senatak" semuanya terpaksa di jelmakan sebagai kambing janapari.Mereka ini kononnya di katakan mempunyai kekuatan dan peralatan ketenteraan.


Tapi yang sedih sampai ke hari ini bodek mahafiraun tak sampai ke mana!

Tiada ulasan: