Sabtu, 9 Julai 2011

Seorang Mangsa Meninggal Dunia Akibat Hidu Gas Pemedih Mata



KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.Jenazah beliau kini masih berada di HKL.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Kepada sesiapa yg ingin melawat Arwah Baharudin boleh pergi ke alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 KL

Al-Fatihah Buat Sang syuhada yang berani menentang kezaliman Pemerintah!

Tiada ulasan: