Pakatan Takkan Menang di DUN Tenang adalah Milik Gerombolan
Apakah semudah itu UMNO yang selama 52 tahun yang menikmati kemewahan hasil dari memeras keringat Rakyat akan melepas satu - satunya takhta yang amat bernilai bagi mereka.Apakah mereka (UMNO) akan merelakan dirinya untuk di siasat dalam selcat parlimen malaysia atas segala penyelewengan mereka.Apakah banjingan - banjingan yang terlibat dalam kezaliman memali akan merelakan diri mereka di buru ke mana sahaja mereka pergi.
Kejayaan dalam tsunami 8 March 2008 hanya sekadar satu kesempatan yang di peroleh hasil dari "kelembapan" Pak Lah dalam mengemudi UMNO dan Barisan Nasional dan Pak Lah juga terkenal dengan nama mat ngantok.Tapi kini regim telah bertukar tangan,Najib a.k.a Mat Monggol bersama Rosmah Puaka kini mengcengkam kukunya dalam pentadbiran malaysia hari ini.
Apakah Rosmah mahu kenikmatan bershopping itu hilang buat selama - lamanya dan di ganti dengan Penjara yang indah di Kajang atau Sungai Buloh.Jawapannya pasti tidak dan mereka takkan membenarkan Pakatan memintas mereka untuk menguasai Putrajaya dengan begitu mudah.Maka berbagai taktik kotor dan kezaliman akan di lakukan agar Pakatan takkan ke Putrajaya Meskipun Mandat Rakyat adalah 100%.
Namun Pilihanraya seperti mana yang kita ketahui bukan lah medium yang akan memberi kemenangan untuk PKR dan Pakatan Rakyat.Apakah kita sedar bahawa pilihanraya telah di manipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional sejak 52 tahun kita merdeka.Suruhanjaya Pilihanraya itu adalah Barua Siapa?
Mungkin kita masih ingat lagi pada kali terakhir kita menang dalam pilihanraya kecil di sibu sarawak.Pada saat rakyat sibu telah memberikan Majoriti sebanyak 3000 undi kepada calon DAP yang bertanding di Sibu Sarawak maka kita pun takkan hairan bagaimana B-End Boleh memintas Undi DAP dalam masa satu Jam pada pukul 8.15 malam kerana pada ketika ini peratusan mengundi telah pun menurun.
Kita pun sudah maklum aparat apakah yang telah di lakukan oleh SPR untuk memastikan kemenangan B-end walaupun mandat berpihak pada Pakatan Rakyat.Andai Pakatan menang 3000 undi maka undi "reserve" akan di keluarkan untuk beri kemenangan untuk B-End,tapi selepas itu DAP ada lagi kelebihan majoriti 300 undi maka pengumuman keputusan PRK sibu di lengahkan seboleh mungkin.Andai DAP tidak Paksa SPR mengumumkan keputusan sudah tentu mereka akan mengistiharkan kemenangan itu berpihak pada BN walaupun Mandat adalah Milik DAP.
Segala - gala institusi yang ada di malaysia ini tak kira kehakiman,legaslatif,keselamatan dan juga pilihanraya semuanya adalah milik UMNO dan B-end.UMNO akan mengharamkan apa sahaja yang boleh mengubah keadaan dan landskap politik negara ini kecuali pilihanraya kerana pilihanraya tak boleh mengubah apa - apa.
Akhirnya keputusan rasmi gerombolan menggunakan penipuan melalui undi pos,nak lawan kat mahkamah pun tak guna kerana segala - galanya adalah permainan gerombolan,keputusan tak rasmi melalui undi kelentong yang di hantar melalui Pos Malaysia ialah
Pakatan Rakyat (PAS) 2,963 undi dan Gerombolan berjaya mengkelentong Undi sebanyak 6,698 undi,dengan itu secara rasminya gerombolan berjaya mengkelentong majoriti sebanyak 3733.
Walauapapun LSS mengucapkan syabas pada Cikgu Mala kerana sanggup bangun melawan Zionis UMNOPCO,dalam pada itu cikgu Mala mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan pada semua Melalui twitternya Secara peribadinya dia menyatakan bahawa dia cukup berbangga dengan perjuangan petugas UBAH SEKARANG yang komited dalam pertempuran.
Oleh itu LSS dapat nyata kan pada ADUKA TARUNA dan ZAINULFAQAR,berapa percent yang yang kita akan dapat kalau asyik kena kelentong dalam "game" gerombolan,tapi fikirkan berapa percent yang kita boleh gembleng untuk memobilisasi kuasa Rakyat untuk menggerakkan Revolusi.
Hanyalah ini sahaja cara untuk men"nyah"kan gerombolan United Malays National Organisation dari muka Bumi ini.Bukti sudah terbentang di hadapan mata,apa yang perlu di tunggu lagi cuma hanya doa dan harapan yang menggunung di tadah kan ke hadrat ilahi.
SEMOGA CAHAYA YANG MELINTASI LANGIT TUNISIA DAN MESIR AKAN DI TIBA JUA KE ASIA TENGGARA,HANYA CAHAYA ITU SAHAJA MAMPU MENGUSIR AWAN HITAM AGAR BERARAK MENINGGALKAN BUMI MALAYSIA.
HIDUP REVOLUSI!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan