Selasa, 1 Februari 2011

Para Demonstran terus menyemarakkan demonstrasi yang masuk hari ke-7





Kaherah, Mesir -Presiden Mesir Hosni Mubarak, , telah mengumumkan dalam pidato televisyen bahawa ia tidak akan mengadakan pilihanraya tetapi bertegas tak akan meletak jawatan dan ini telah menjadi satu kemarahan berjuta-juta para demonstran yang telah berdemo di Kota Kaherah selama seminggu .
Pengumuman ini berikutan demonstrasi berminggu - minggu di mana berjuta - juta rakyat Mesir telah menguasai jalan diseluruh Kaherah dan di tempat - tempat lain di mesir.


Keyakinan Mubarak mula terhakis apabila berjuta - juta rakyatnya yang turun berdemonstrasi mula bertambah dari masa ke semasa.Sejurus beberapa minit selepas ucapan nya,satu pertempuran terjadi antara demonstran anti-kerajaan dan penyokong pro-mubarak di Kota Iskandariah berdekatan dengan laut Mediterranean.


Manakala di bandar Mahatit terutama di komplek al-masr kelihatan beberapa anak muda bertindak dengan penuh berani dengan membaling batu ke arah pihak - pihak polis FRU mesir.FRU mesir bertindak melepaskan tembakan amaran dan membawa beberapa kereta kebal dengan tujuan untuk menakut - nakutkan para demonstran.


Seorang Anak Muda yang di kenali sebagai Eslam Kamal berkata "kali ini dia tak akan sekali - kali berundur,bawalah walau seribu kereta kebal sekali pun,kami anak - anak muda akan terus melawan dan bertempur selagi boleh" kata nya dengan penuh keyakinan.


Pihak FRU mesir sekali lagi bertindak dengan memisahkan kedua - dua puak anti kerajaan dan pro-mubarak dengan menggunakan kereta kebal.

Para demonstran sekali lagi mencemuh pengumuman Mubarak berdekatan dengan Tahrir Kaherah dan tersu melaungkan slogan " Gulingkan Mubarak" dan menambah dengan slogan " kami tak akan bersurai hari ini,esok mahupun hingga hari Khamis.


Walaupun begitu yang peliknya mubarak masih lagi mengiktiraf para demonstran dengan berkata seluruh rakyat dan anak muda punya hak untuk bersuara dan berdemonstrasi,apakah mubarak dah mula gelabah?

Pada ketika berjuta - juta rakyat mesir yang turun berdemonstrasi telah mengepung istana mubarak dan cuba merempuhnya beberapa kali oleh itu anggota tentera dan polis yang telah berkawal di luar istana telah memasang kawat berduri.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila anggota - anggota polis rahsia mula menahan beratus - ratus para wartawan dan blogger.Sehingga berita ini di tulis pentadbiran mubarak telah pun memutuskan talian internet di seluruh mesir,tetapi para blogger telah mengambil tindakan bijak dengan menggunakan talian internet satelit.

Tiada ulasan: