Ahad, 18 Januari 2009

P36 : PAS tumbangkan keangkuhan "Be End"

Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa Meraikan kemenangan Abdul Wahid






Keputusan yang dinanti 26 juta rakyat ....................
Tepat jam 5 petang tadi kesemua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah ditutup secara rasminya.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 76 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.
"Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi selepas pusat-pusat mengundi ini ditutup pada pukul 5 petang sedang dikira," katanya di sini, tadi. Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.
Keputusan pilihan raya kecil ini dijangka dapat diketahui paling awal pada pukul 10.30 malam ini. Ternyata sesuatu yang cukup merimaskan kira-kira 26 juta rakyat negara ini menunggu dengan penuh debar.
Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, 82.45 peratus atau 66,231 daripada 80,325 pemilih keluar mengundi.






Dalam perasaan malu dan "jobou" yang teramat sangat. Ketua Pengarah PilihanRaya kecil Kuala Terengganu Barisan Nasional Iaitu Dato' Seri Bijan(Najib) melahirkan rasa sedihnya yang akur pada keputusan itu...
"sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat".
Kata Bijan lagi BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.






Cheh.....boleh caye....kerrr?? dah nak berkubur pun ada hati nak naik lagi...........kweh.....kweh.............kweh





Dengan muka tak malu Bijan pun berkata lagi



"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita,"

Bijan "akur" walaupun masih tak mahu terima kenyataan dan berkata.......


Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.



Dan dengan sombongnya Bijan berkata ............


"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.













PAS melahirkan kredibiliti dan usaha yang lebih konsisten tanpa pengharapan yang tinggi untuk menang


PAS dan Pakatan Rakyat terus optimis dalam menggerakkan usaha memenangi hati pengundi biar pun di cemari dengan isu Hudud,serangan peribadi terhadap Dato seri Anwar.Dalam keadaan yang genting PAS dan Pakatan berjaya mematahkan usaha dalam menyeludup pengundi hantu







Gambar kumpulan yang masuk dalam Sekolah Sultan Sulaiman II pada jam 11pagi, membawa bersama senarai nama yang mencurigakan





Gambar kumpulan 'petugas' yang mencurigakan



Dan timbul juga suara - suara sumbang yang memperlekehkan PAS dan usaha - usaha Pakatan tak kurang juga "beruk - beruk BN " yang menjadi batu api,dengan memprovokasi hingga tercetusnya pergaduhan yang hampir menjadi satu pertempuran.




















Biarpun debaran demi debaran di tempuh dengan sabar oleh PAS dan Pakatan kerana pada Tepat jam 5.30 petang, dua keputusan sampai serentak. Kedua-duanya menghasilkan keputusan PAS kalah dengan 33 undi. Selepas itu, keputusan datang bertalu-talu.Dan Pada paginya, emak saudara Wan Farid itu menelefon saya memberitahu, "Zul, Wan Farid kata, bulan akan gerhana di Kuala Terengganu."


Tapi walauapa pun Pada jam 6.00 petang, PAS menang dengan majoriti 114 undi. Pada jam 6.30 petang, keputusan undi pos diperolehi. Ia menyebabkan PAS kalah 483 undi. Undi pos itu menunjukkan PAS hanya mendapat 86 undi, naik 3 undi berbanding pilihan raya Mac lalu apabila PAS hanya mendapat 83 undi.Tepat jam 7.01 malam, mula jelas kelihatan trebnd bahawa PAS akan menang. Ketika itu, PAS mula menang 158. Sejak itulah, undi PAS terus meningkat dan meningkat.Dalam masa yang sama, isteri saya yang berada di rumah memaklum, TV3 menyiarkan keputusan yang menunjukkan BN menang dan terus menang hinggalah keputusan rasmi diumumkan jam 9.30 malam bahawa calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan undi 2, 631 undi.Kalau ditanyakan, saya akan berkata kejayaan yang dicapai oleh calon PAS ini adalah hasil kerjasama semua pihak khasnya parti-parti Pakatan dalam membantu calon PAS.


Dari Pusat Khidmat PAS Dun Alor Limbat, mereka menerbitkan pelbagai jenis bahan penerangan mulai dari Buletin Kuala (yang dibuat versi palsu oleh jentera BN), siri VCD yang terbit setiap hari oleh pasukan Tvpas yang berkampung di situ sejak 31 Disember hinggalah iklan-iklan bersiri yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.Pujian juga harus diberikan kepada sidang media harian yang dibuat oleh PAS di Markas Besar PAS di Kuala Ibai yang banyak sekali menjawab dan menyerang segala aktiviti BN sepanjang kempen pilihan raya ini. Juga pasukan IT PAS yang banyak membantu jentera dan lain-lain pasukan yang sememangnya hebat belaka.Pendek kata, semuanya kerana perpaduan dan persefakatan di kalangan parti Pakatan dan jentera pilihan raya.

Syabas di ucapkan Pada PAS kerana berjaya tumbangkan keangkuhan BN...Tahniah Pada YB Mohd Abdul Wahid Endut adalah ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke - 83


Takbirrr.......Allah hu akbar

2 ulasan:

checkmate berkata...

KENAPA X TANGKAP SAHAJA PETUGAS YG DICURIGAI ITU..?

LeeSlimShady berkata...

Dah tangkap dah dan dah serahkan kat polis pun....

tak tau lah kalau polis lepaskan balik