Dengan Nama Allah yang maha pemurah yang maha mengasihani
"Sesungguhnya mereka - mereka yang kerakusan Kuasa dan tergamak membelakangkan agama mu hingga sanggup menganiayai Rakyat dan kerajaan yang di tegakkan atas nama Mu.................
maka ku pohon pembalasan dan Keadilan dari yang maha esa agar kau tunjukkan lah Zat mu agar terlihat akan kebatilan ,Kezaliman mereka,agar mereka tahu hanya Allah sahaja Parti yang tak mampu di tewaskan"
6hb Februari 2009, Satu titik hitam dalam sejarah dimana Demokrasi mula di cabul dirobek,di bogel dan di aibkan dengan begitu Zalim sekali.Sebuah kerajaan yang di bina atas mandat rakyat di rampas tanpa ada pertimbangan diri.Pada hari dan saat ini Manusia Zionis yang bertopengkan Melayu dan mengaku Islam sedang meraikan kezaliman suatu Rampasan kuasa yang paling tragik,saat ini mereka sedang ketawa kerana ini adalah suatu kejayaan,tapi mereka tidak sedar bahawa di saat ini rakyat sedang mengadili mereka.........
Pecinta - pecinta keadilan,Pejuang - pejuang penegak kebenaran sedang terlantar sakit pada hari ini .Tapi hanya untuk hari ini.....mereka berehat buat seketika mengubati luka - luka kezaliman,mengisi perut yang lapar setelah makanan nya dirampas,mengumpul kekuatan dari ruang masa yang ada.
kerana hari ini mereka di usir,mereka tak gusar ,kerana doa mengiringi langkah mereka hanya kepada Alla s.w.t
kerana demi masa dan seluruh alam yang di tadbir oleh Allah yang maha hebat,esok mereka akan bangkit,bukan bangkit dari tidur tapi bangkit menegakkan semula...
Keadilan dan Demokrasi.
5 ulasan:
salam saudara...
mana menghilang...
boleh ulas sedikit soal
tindakan speaker perak
di atas pergantungan MP perak serta exconya...?
saya berminat mendengar hujah anda..
MB baru Perak dari BN dan Exconya digantung dari Dewan Undangan Negeri kerana MB dan Exco baru BN telah Menghina Dewan Undangan Negeri Apabila Mengangkat sumpah pada selasa lalu.....
Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.
Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).
masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.
Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat
tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Ini kerana Setelah 3 dari ADUN pakatan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Wakil Rakyat Bebas kedudukan DUN pakatan dan Barisan Menjadi Seimbang....28 - 28 dan perlantikan Dr Zambry sebagai MB perak walaupun mendapat restu dari Sultan Perak tapi masih tidak sah dari segi Undang - Undang tubuh kerajaan negeri kerana 3 ADUN yang keluar hanya menyatakan pendirian secara lisan menyokong BN tapi tidak menyertai BN...jadi Ianya tidak Sah dari segi Undang - Undang.selepas Pilihanraya 8 mac yang lalu 3 ADUN berkenaan secara rasmi memihak dan jelas adalah ADUN dari parti Komponen PR...dan kedudukan PR jelas 31...BN 28
Tapi apabila mereka keluar kedudukan PR dan BN adalah seimbang selagi ketiga - tiga mereka tidak membuat keputusan menyertai BN atau kembali pada PR
mengenai tindakan speaker DUN perak pula
Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.
“Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.
“Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.
Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.
mengikut undang - undang negara komanwel....
keputusan speaker masih dominan dalam sesuatu persidangan
PADAT..TERIMA KASIH
Catat Ulasan