Sabtu, 28 Februari 2009

Pak Mat Penyapu Melayu Pengecut



Rasanya dah beribu komen aku dah antar aku dah tanya.....tapi mat botox nie tetap tak nak jawab ,tapi sebelum ni dia kata dia sedang menderita kerana di pandang serong oleh rakyat berhubung gambar YB Eli....




KAH...KAH....KAH.............. tau pulak sensitif orang tua nie?
hari tu dia cakap pasal pendedahan salah laku Tan Sri Khalid, tapi bila aku dedahkan 22 salah laku Pak Mat Penyapu nie masa dia jadi MB dulu satu pun dia tak berani jawab....
pada seluruh rakyat Malaysia alangkah malangnya kalau anda memilih Pak Mat Tempe ini sebagai ketua Pemuda melayu
Kalau kita sebagai rakyat ni yang bertanya ni dia berdolak - dalik nak jawab inikan pulak nak jadi ketua pemuda melayu........


kat sini aku tanyakan soalan tentang salah lakunya iaitu :


1.mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)


2.membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.


3.dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.


4.Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).


5.Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.


6.Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.


7.Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.






satu pun tak berjaya di jawab oleh Mat Botox ni......malah dia berani tegakkan benang basah

3 ulasan:

checkmate berkata...

ni kalau disebarkan kepada umum mau goyang khir toyo...

checkmate berkata...

patut kita hadiahkan beliau penyapu..

kerana berjaya "menyapu" semua duit rakyat ketika menjadi MB selangor...

LeeSlimShady berkata...

tepat sekali pandangan anda checkmate