Selasa, 31 Mac 2009

Bukit Gantang : Muhyidin hilang semangat utk menang

Muhyidin mula tidak yakin boleh memenangi pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang, Dun bukit Selambau dan Batang Ai apabila meminta rakyat tidak menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai suatu 'pungutan suara' penerimaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO di bawah Najib Tun Razak.
"Ini menunjukkan bahawa peluang mereka sudah tidak ada di ketiga-tiga pilihanraya tersebut" kata Datuk Mahfuz ketika dihubungi oleh Te@m IT hari ini. "Dia tidak mahu keputusan ini menjadi sebagai suatu referendum rakyat bagi membuktikan penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru UMNO kerana mereka menjangkakan akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini." kata beliau. Menurut Datuk Mahfuz, ini merupakan suatu pengakuan yang ikhlas daripada Muhyidin kerana sudah tahu mereka tidak boleh diterima oleh rakyat."Kami mengucapkan terima kasih atas pengakuan ini" sinis beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mempersoalkan mengapa medan pilihanraya ini tidak boleh dijadikan referendum sedangkan inilah medan ujian kepada kepimpinan baru UMNO di bawah kepimpinan Najib Tun Razak.
"Kalau orang di sini (Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai) sudah tidak boleh terima, menunjukkan rakyat sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib" kata beliau

2 ulasan:

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

LeeSlimShady berkata...

itu lah perjuang jihad fi sabilillah namanya..........