Selasa, 31 Mac 2009

kelentong Ezam buat Blogger UMNO teruja


Aku terasa lawak yang amat sangat bila ternampak dakwaan Ezam md norr dalam laporan media bahawa (sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.
Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut UMNO yang bernama Ezam ini.


Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”
Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan UMNO Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.


Apa yang terang lagi bersuluh adalah Ezam telah mengkelentong bukan sahaja Pemuda UMNO tetapi seluruh rakyat malaysia dengan harapan kelentong nya kali ini dapat membantu UMNO/BN memenangi pilihanraya 2 bukit satu batang .Maka dapatlah Ezam sedikit Habuan....heh...heh...heh...........


Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.
Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai UMNO pada usia 26 tahun (1993).
Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!....

inilah hal yang boleh membuatkan aku tergelak pasal benda macam ni pun ada jugak blogger cabuk yang pro-najib ni boleh percaya bulat - bulat,agaknya blogger ni banyak kari yang telah di"Najis"kan oleh idolanya sambil menjarjis-jarjis mukanya ke buntut pemimpin tertinggi UMNO

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parpu meh komen kat sini.. Muahaha.. Bijak jugak blog anda.

Tanpa Nama berkata...

Uik baru perasan message 'tinggalkan ulasan anda' macam hujah bush masa peristiwa 9/11 je muahahaha

A__q berkata...

blog ko xmnarik sbb org geli tgk gmbr mamat kat header tu..gmbr ko kot..
nmpk murahan sbb gne kamera kat komp ko tuh,
hahahahahahaha!

ceh..pandai ko nk menjaja blog sampah ko kat parpukari kan..
hina sial~

hahahahahahaha!
pejuang pro demokrasi??
ape?
amende?

hahahhahahhaha!

LeeSlimShady berkata...

apa yang penting aku sebangsat ngko...menghentam tanpa bukti..

pedulik apa aku...oarng nak geli - geli lah...bertepatan dengan apa yang pemimpin betina korang cakap kami adalah dalang...

dalang bersembunyi tapi aku tak bersembunyi ha...ha....ha...