Pada Tahun 1960 pada ketika Tan Sri Ghazali Jawi(ayah Tajol Rosli)menjadi Menteri Besar beliau didapati melalukan salah guna kuasa dan ini telah di kesan oleh Sultan Idris sultan Perak ketika itu dan melaporkan hal itu kepada Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO,Tunku telah mengambil tindakan dengan menukarkan Tan Sri Ghazali sebagai Duta Ke Luar Negara..Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi sekali lagi Naik sebagai MB tetapi tidak di restui oleh Sultan Idris yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.
Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka. 1983 UMNO hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka UMNO membelasah(kecam) Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.Nak Rampas Kuasa Raja kira Derhaka yang paling gila !!!Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.Patut la sultan Kelantan Berpihak pada Tuan Guru Nik Aziz....
Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib ialah Ketua Penerangan UMNO dan sejak Mac 2008, beliau menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Yang kini memegang Jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO selangor...Ingat Lagi Shahidan Kasim,menteri Besar Perlis dengan penuh bangganya bersedia untuk menelanjangkan danmengaibkan Sultan Kelantan melalui pendedahan bukti asal - usul takhta Raja - Raja Kelantan...Derhaka tahap berapa dah tu hisshh !!!!!!!
Ada ka patut...Patut diorang kena sedar sapa diorang,nak "sound" Raja,Sampai macam tu Kurang ajar pun Utusan Melayau tak lak cakap derhaka...
Inilah lah Penderhakaan Yang paling Dangkal sekali ....fuhhh !!!!!!
Sampai macam tu sekali diorang Label Raja - Raja Melayu,Sah Penderhaka......patutlah Raja - Raja Melayu sejak akhir - akhir ini lebih memberi sokongan pada Pakatan Rakyat kerana mereka tahu kiranya mereka beri sokongan Pada Parti Pakatan Rakyat ,Nama dan juga Takhta mereka lebih terjaga....kerana mereka tahu Pemimpin Pakatan Rakyat Lebih hormat dan setia pada Raja....Tidak lah seperti yang di Parpu - parpu kan leh sesetengah Pencacai tu........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan