Ahad, 5 April 2009

Nizar Bukan Boneka DAP

Semenjak Dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ir.Nizar sering dikaikan dengan tuduhan menjadi Boneka DAP hanya kerana DAP ,hanya kerana DAP memiliki Majoriti dalam Pakatan Rakyat dan Exco kerajaan Negeri...Maka dengan Itu juak - juang Dangkal "Be End " terus menyerang Nizar dengan tuduhan Memberi Tanah dan Hakmilik kekal kepada Orang Cina,tetapi Media Be End tak pulak melaporkan tentang halnya yang Md.Nizar telah berikan tanah Hakmilik kekal kepada Orang Melayu Kampung Tersusun......YB. Nizar telah mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan penuh semangat hormat menghormati kepada semua pihak termasuklah anggota dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.
Ahli-ahli exco DAP tak pernah desak Nizar tapi mereka beri sokongan penuh kepada polisi Nizar ini sama sekali menafikan Nizar dicucuk hidung oleh Ahli-ahli Exco DAP.
Apabila menjadi MB, Nizar melawat pondok Che Latif (pusat pengajian agama) dan luluskan sebidang tanah untuk meluaskan pondok itu.
Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang
sangat berkualiti.



Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.


Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.
Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.
Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu
.
Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.


Tanah yang dipohon Pak Teh untuk ditanam dengan kelapa sawit bagi menjadi sumber pendapatan pondoknya
Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak. Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.
BN mendakwa pemberian tanah itu mencabar orang Melayu kerana ianya diberikan dengan jumlah begitu banyak kepada masyarakat Cina.YB. Nizar telah meluluskan pemberian 102,000 lot tanah kampung tersusun kepada penduduk yang rata-ratanya Melayu. Tetapi yang diungkit oleh BN ialah pemberian 47,000 lot tanah kampung baru kepada kebanyakannya penduduk keturunan Cina.......
Boleh kerr Zambry buat macam tu?Jangan pandai cakap je.....Selama Tajol Rosli jadi MB banyak hak melayu yang dah dijual....termasuk Pulau Pangkor...
Laknat Kerajaan Be End.......

14 ulasan:

CYBERCDO berkata...

Hati-hati bila melaknatkan orang. Takut laknat kita makan diri. Jangan ikut emosi, kalau anda rasa tertindas dengan kerajaan sekarang, berdoalah kepada Allah supaya Allah memberi bantuan dan sesungguhnya Allah itu bersama orang -orang sabar. Berdoa adalah lebih baik dari memaki dan mencerca tak tentu pasal. Percayalah pada kekuasaan Allah....Sabar dan banyakan beristighfar .....

Tanpa Nama berkata...

Sdr Cybercdo

aku rasa cukup la tu, rentikan la usaha murni ko, memang dia ni dah gone case...

dia ni, orang baru start keje tak sampai seminggu pun nak kondem, ko dok dalam umno dulu berapa tahun? apa sumbangan ko buat?

"pedulik apa aku korang nak cakap apa.."

"lagi pun korang mana tau sejarah..sebab korang baru lahir beberapa tahun yang lepas...
tu pasal korang cuma nampak c4 dengan altantuya jerrkk...."

orang kalau dah consumed by hate (dimakan rasa kebencian) macam ni la, taknak dengar apa orang lain kata, rasa diri tu lebih tau dari orang lain

satu pun tulisan kat sini takde yang original, maybe ada la tambah2, tapi semua idea orang... cuba la pikir pakai otak sendiri, buahkan thoughts (fikiran) ko sendiri... itu la, ko kata orang lain sedangkan ko sendiri generasi playstation, cuba keluar rumah tengok matahari, main bola ke, bercampur dengan orang lain ke, main basikal ke hehe baru la celik sikit mata tu...

LeeSlimShady berkata...

mana korang tau bukan original?
apa buktinya?

tolong jawab sikit

Tanpa Nama berkata...

Blogger LeeSlimShady berkata...

Saudara Wong Pencen....

Itu Bukan laman Blog saya ....itu adalah pertubuhan blogger yang saya sertai...

harap maklum

2009 April 3 20:29

aku pun baca apa ko baca, sebab aku nak tengok yang pro-pr dan yg pro-bn cakap apa...
kau nak aku cari balik semua ke? nanti kejap, aku pegi lunch, karang petang ke malam sikit aku akan bagitau kat mana ko ciplak "catatan oleh leeslimshady" ko ni

Tanpa Nama berkata...

Orang nak bepolitik ngko nak bepolitik,setakat pengatahuan dari ALIF sampai YA tak habis,xusahlah ngko nak campo dunia politik wahai tuan punya blog..Apa yg ko nk sampaikan byk bohong/hasutan dari kenyataan yg sebenar..insaflah..sudah2lah dari menyalahkan org lain..belajar terima erti KEBEBASAN yg dah sedia ada sekarang..

Assalamualaikum..

Tanpa Nama berkata...

wei, mana "catatan" ko pasal ezam hari tu? ko dah delete ek? padan la aku pening nak buktikan ko ni ciplak tulisan orang, ada yang ko dah buang... dah la, maleh la aku nak cari lagi

lagi satu, kata anti ppsmi, nak martabatkan bahasa melayu, nama ko tu bukan english? itu je tak boleh nak tukar, nak nasihatkan orang? jalan da wei... dah, dah, poei main playstation ko, pas tu gi la menari la la la la

Tanpa Nama berkata...

eh ada sikit la... ni aku ambik dari http://edyesdotcom.blogspot.com/

dia punya 31/3, ko punya 2/4 so aku rasa ko la copy dia punya kot... maafkan aku kalau aku salah ya... kalau takat copy paste, toksah la buat weblog...

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain

LeeSlimShady berkata...

saudara tanpa nama yang berselindung di sebalik tabir....

Copy paste itu bukan masalah nya ,

yang penting, rakyat tahu akan kebenaran dan cerita yang sebenar,bukan seperti yang di putarbelitkan oleh kuncu - kuncu BN,
ko...kena tahu cerita yang sebenar.

ini bukan pro dan kontra

Tanpa Nama berkata...

aku setuju orang semua kena tahu kebenaran... aku pun bukannya sokong bn/pr tapi pointnya ialah KEBENARAN

bukan semua cerita yang ko tulis/copy paste tu betul... itu masalah aku... tapi cara ko sampaikan tu macam itulah HAKIKAT, itu yang aku nyampah... bebaskan isa ko kata helah, ko nak transformasi la bagai, ko nak isa dihapuskan kan? kenapa? sebab ko nak orang tu dibuktikan bersalah baru dihukum, betul? abis yang ko cap najib penjenayah segala macam tu apa? ini masalah prinsip bro

aku bukan apa, aku nak ko bukak minda, jangan ikuuuuut je apa orang lain cakap... boleh?

LeeSlimShady berkata...

Woi mangkuk....yang aku tuduh najib penjenayah pasal dia mengelak dari di siasat...

bila tak nak kena siasat memang sahlah dia penjenayah...pasal seluruh dunia dah berkokok pasal cerita dia bodoh....

aku tak ikut cakap orang...aku ada perkiraan aku sendiri...

tengok apa dah jadi pada BN...

ha...ha...ha...

Kalah Pilihanraya kecil kat tempat Melayu....PR(2)BN(1) dengan keputusan penuh PR menang dengan Agregeat 4-1...

tunggu je la BN PRU yang seterusnya...memang kena pulun la jawabnya

Tanpa Nama berkata...

ok la... ko MEMANG pandai, kalau ko tak pandai macamana ko boleh jadi juruteknik je kan? kalau ko pandai sikiiiiiiit je lagi, tentu kau dah boleh jadi senior tech.

kalau ko tak pandai, mesti ko tak delete posting ko yang fitnah orang kan?

mesti la ko pandai, kalau tak, mana boleh panggil orang lain mangkuk dan bodoh kan?

ko sememangnya pandai, kalau tak, macamana ko boleh copy dan paste tulisan orang kan?

aku rasa memang ko sangat pandai, kalau tak, takkan ko letak "Bersama Perjuangkan Islam,keadilan dan Demokrasi" dan panggil orang bodoh dan maki dsb, ni memang kerja orang yang sangat pandai dan sangat Islam

yang ni mungkin ko kurang sikit pandai, tapi tetap kategori pandai la jugak: "Agregeat 4-1..." sepatutnya aggregate atau dimelayukan agregat hehe sori aaa... tapi aku tak nafikan la, memang ko pandai kira

dan ko memang pandai, sebab setau aku takde orang dalam dunia ni yang tau apa nak jadi masa depan, kecuali ko la yang kata "tunggu je la BN PRU yang seterusnya...memang kena pulun la jawabnya", ni orang yang percaya Qada & Qadar?

ok la leeslimshady (dimelayukan li mendung kurus), aku mintak maaf je la kalau aku sakitkan hati ko... teruskan perjuangan ok bro

all the best, over and out

Tanpa Nama berkata...

aku sokong brader yg tanpa nama kt atas ni..kate je nak pejuangkan melayu dan islam..tp sendiri maki org tu maki org ni,fitnah org lg..ish2..disbbkan 'TERLAMPAU PANDAI' befikir dan berkata dia jd cmni..teruskan bro..ko kan pandai..org len je yg xpandai..teruskan ngn makian dan fitnah,pastu laungakan 'HIDUP MELAYU!!'..hahaha

PKR-->Projek Khinzir Rasaksa..

kelambuharimau berkata...

kalu bukan boneka ape?? yang bagi tanah sampai 999 tahun tu/ nampaknye takde peluanglah melayu nak dapat tanah..sebab cina kaye duit banyak boleh beli berekar ekar tanah milik orang melayu...yang melayu tak sedar ni satu hal..dah nyata kat perak tu nizar tak betul pi sokong jugak..ade satu kisah tu yang kelakar..sewaktu nizar jadi MB,tanah diluluskan sama rata,tapi tanah cina kat atas darat tanah melayu yang diluluskan kat dalam lombong..hehehe,,nak buat pe lulus tanah kat dalam lombong tu? untuk bela itik ke??

LeeSlimShady berkata...

kepada saudara yang tanpa Nama....

terpulang pada Saudara nak label akn aku ni apa...tapi apa yang penting aku tak macam kau...kebenaran tak nampak tapi kau tuduh aku Fitnah.....

memang patut pun kau kena Maki Hamun...kalau zaman Nabi Muhammad Dah "confirm" ko kene Pancung dek Saidina Abu Bakar.......

Ni Saudara Kelambu Harimau...

Nizar Luluskan Tanah Orang Cina 999 tahun sebanyak 47,000 hektar itu yang pergi terpekik terlolong dek orang UMNO/BN....

Tapi Bila Nizar luluskan 120,000 hektar hak milik 999 kekal pada orang melayu pada orang kampung Tersusun tak pulak Orang UMNO nak cerita....yang buruk semua adalah belah Pakatan ,yang baik dang yang elok semua belah UMNO/BN...macam tu kerrr....

Habis tu macam mana dengan Tajol Rosli boleh luluskan Hak milik kekal sebuah Pulau kepada Yong Tee Lee...orang kaya cina perak...Takde pun korang nak bising nak heboh..........

tapi kalau nak luluskan tanah untuk sekolah Pondok Tok Guru Agama ni punyee...lah payah...

Oii..tolong jawab sikit sapa yang jadi BONEKA????