Setelah di lantik menjadi PM Najib berjanji akan melakukan satu tranformasi,tapi apabila dilihat perkara yang berlaku pada akhir - akhir ini kita akan terfikir di mana Tranformasi Najib?Di mana? adakah didalam poket seluar spender Bini dia si rosmah?
Kata Najib pembebasan 13 tahan I.S.A dan penarikan balik penggantungan Akhbar Harakah dan Suara Keadilan adalah satu Tranformasi....betul ke?
mari kita Lihat...
Akhbar Tukang Canang BN,Berita Hairan melaporkan .....
Bilangan mereka yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Hussain Habil. Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lalu, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.
jadi apa Usaha Najib nak mengatasinya selain selalu mencanangkan pada seluruh rakyat Malaysia yang mana negara kita memiliki situasi Ekonomi yang paling selamat....apa kah jumlahnya akan terkumpul dalam One Malaysia?
Najib Kelentong ke atau saja nak Parpu macam Si Parpu kari?
Malaysiakini melaporkan.....
Di Batang Ai SPR telah mengarahkan 14 peti undi tidak akan di kira di pusat pembuangan undi.Peti undi ini akan di bawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Sukan Lubuk Antu.Tindakan SPR ini telah dibantah tetapi ini adalah ‘trick’ lama untuk memastikan undi undi hantu akan bertaburan masuk.
Mana perubahannya? Mana Tranformasinya kalau SPR tetap dengan Diperkudakan sama macam pemimpin - pemimpin sebelum Najib.Kata konsep Satu Malaysia,One Malaysia...atau sememangnya ini "Trick" atau taktik Lama?
Utusan Merapu & Berita Hairan melaporkan........
Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan memecat pelajar yang didapati terbabit berkempen pada tiga pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selembau dan Batang Air. Menterinya, Mohamed Khaled Nordin, berkata amaran keras itu dikeluarkan kerana pihaknya menerima aduan ada pelajar berkempen pada pilihan raya berkenaan, sekali gus melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).........
Sejak Era 1970 lagi memang itu lah yang di praktikkan tapi bila Najib naik tak pun dia Pinda AUKU dab beri lebih akses pada Mahasiswa untuk menyertai politik.Kalau di pecat atas sebab Jenayah atau salah laku displin tak pe la jugak.Ini kalau mahasiswa menyokong pembangkang dalam sesuatu pilihanraya ambil tindakkan tapi kalau bawak dua,tiga biji bas ke PWTC sempena perhimpunan UMNO boleh pulak?......jelas sekali tiada Perubahan yang akan dibawa oleh najib.... Haprak ka?
Utusan Merapu melaporkan....
Kerajaan perlu mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ilmu di negara ini sekiranya hendak menjayakan gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd. Sabri Mohd. Arshad berkata, satu bangsa Malaysia yang tulen dan utuh akan hanya dapat diwujudkan melalui satu bahasa yang dapat difahami serta dituturkan oleh semua orang.
PPSMI yang di tentang bukan saja Pejuang Bahasa,Sasterawan Negara dan Pemimpin Pakatan tetapi seluruh Rakyat tidak juga di hentikan sedangkan kajian sudah menunjukkan Dasar ini pasti akan memberi Risiko yang besar terhadap Perkembangan dan pembangunan Identiti Bangsa.Ia juga bertentangan dengan Dasar Pendidikan "Almarhum BAPAK"nya iaitu Penyata Razak dan Artikel 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia....Masih jua Najib tak ambil berat......Perubahan Apa ini?
The Star Wars....melaporkan
Langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah untuk mencari pendekatan terbaik dalam menangani soal keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Syed Hamid"the Bulldog" Albar.Beliau berkata keputusan Perdana Menteri Najib Razak mengkaji semula akta itu agar sejajar dengan perkembangan semasa menyerlahkan sikap kerajaan yang terbuka dan telus dalam menghargai hak kebebasan rakyat.
Ini cerita dah main sejak Tahun 1980 lagi sejak sebelum Si Mahathir naik ke Takhta lagi ini juga yang di janjikan.....Kalau Najib "serious" pastinya perkara - perkara yang dibangkit di atas telah di ambil pendekatan dan perubahan,apa yang lengkap dan Pasti Najib tak berubah....Najib hanya Bawa pulang Mahathirisme bersama proksi - proksinya......."makna nya !!!! takde lah Berubah !...Maka Sah Lah ! "AMENO" "Be End" akan Rebah !!!!!!
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan