Jumaat, 15 Mei 2009

Bubarkan saja DUN, jangan Bebankan Raja dan Rakyat Negeri Perak

Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak tak perlu membebankan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam isu membubarkan DUN sekiranya Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Dalam laporan media arus perdana hari ini (15 Mei 2009), Najib berkata bagaimanapun pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus.

Kata beliau, keputusan muktamad sama ada perlu diadakan pilihan raya negeri bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.‘‘Ia bukan sesuatu yang harus berlaku tapi bergantung kepada Sultan untuk mempertimbangkannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Najib mengulas cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan semalam supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat negeri itu memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri tersebut.
Tetapi rakyat Malaysia yang waras tak pernah melupakan bagaimana insiden 1986, apabila Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN berikutan PBS mahukan pilihanraya diadakan
sem
ula dengan kedudukan 25-23. Tetapi pembubaran tersebut dibatalkan atas sebab-sebab teknikal, diikuti ADUN PBS yang melompat juga tak sah

pemecatannya sebagai ahli parti. Kemelut di Sabah sekalipun rumit, tetapi diselesaikan dengan janji BN menggilirkan jawatan Ketua Menteri dua tahun sekali kepada semua parti komponen. Apa jadi dengan formula di Sabah, takkan rakyat Malaysia boleh lupakan begitu sahaja.

Najib mesti buktikan bahawa beliau bebas daripada cengkaman pengaruh Mahathir dalam mengatur langkah percaturan politiknya.Najib yang kononnya ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ perlu membuktikan bahawa kata-katanya itu bukan retorik semata-mata.Walaupun Mahathir pernah menyatakan, "Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?”Najib perlu utamakan kehendak rakyat, bukan kehendak hawa nafsu yang semata-mata mahu memerintah walaupun tidak disukai rakyat.Ramai pihak menyarankan supaya kuasa memilih kerajaan di Perak diberikan kepada rakyat.

Krisis politik Perak tidak boleh diselesaikan dalam mahkamah dan rakyat perlu diberi kuasa untuk menentukannya.Najib perlu utamakan kepentingan rakyat.Kalau Najib benar-benar mahu menilai prestasi Umno/BN di Perak , beliau tidak seharusnya telan bulat-bulat kenyataan Mahathir hingga mengecutkan semua teloq-teloq Umno/BN Perak.

Biaq pilah teloq Mahathir sahaja yang kecut!Bukankah diakhbar-akhbar dan siaran teevee hari-hari menyatakan Umno/BN masih kuat dan masih mendapat sokongan rakyat Satu Malaysia?Kita percaya Najib seorang yang berani lagi gagah perkasa.Najib tidak perlu berselindung disebalik kata-kata ‘perkenan Sultan Perak’. Najib perlu mendapatkan perkenan Baginda seberapa segera untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini yang semakin melalut.

Tiada ulasan: