Jumaat, 15 Mei 2009

Terbongkar satu Konspirasi Zambry-Linggam-Hakim





Hari ini satu Konspirasi telah di dedahkan Berhubung Hubungan Zambry dan Hakim yang di sebut oleh Linggam dalam konspirasi pengaturan itu.Ini di dedahkan Oleh Chegu Bard Apabila hakim Mahkamah Rayuan dengan begitu mudah meluluskan Rayuan Zambry untuk menggantung keputusan mahkamah tinggi...
Ini kerana Ramly Ali diantara Hakim yang telah di sebut oleh V.K Linggam.
VK Linggam yang telah mengemparkan negara dengan perbualan telefon mengenai ketirisan sistem kehakiman negara ini yelah menyebut nama Ramly Ali.
“Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,” katanya dalam kenyataan yang diterima oleh kami.

Dalam pendedahan yang sama menurut Badrul, Ahli Parlimen Jelutong telah mengatakan bahawa, Hakim Ramly telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April lalu, iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes ini di Mahkamah.

Namun, jelas Badrul, ianya telah terbalik, mahkamah telah menaikan pangkat Ramly untuk menjadi hakim di Mahkamah Rayuan.
“Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

“Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam,” katanya lagi.

Mahkamah, jelas Badrul, tidak mencermin keadilan apabila Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk mendengar rayuan dihadapan tiga orang hakim, manakala bagi Zambry pula, mahkamah hanya mengambil 2 jam mendengar kes berkenaan selepas difailkan jam 9.30 pagi dengan hanya satu hakim.
“Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama,” katanya yang merujuk ketidakadilan yang berlaku dalam kes rayuan Zambry.
12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah yang dibuat sehari sebelum itu.

Keesokan harinya pula, Nizar memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat oleh Ramly yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang akan didengar 16 Mei ini.

Nampaknya Wujud "tangan Ghaib" dalam kes ini yekk...oitt mamak Zambry cuba nak main wayang kulit tapi dah kantoii...halamak !!!

3 ulasan:

checkmate berkata...

keputusan paling pantas dalam sejarah perundangan kehakiman malaysia...

mcm2 dah jadi sejak BN jajah perak..

speaker diseret...
pistol bawak masuk dewan DUN...
lantik speaker cuma angkat tgn mcm nak lantik ketua kelas...

xpa la...masuk malaysian book of record..jgn lupa


no more 13 may...7 may is new crisis

Tanpa Nama berkata...

baguslah 2 checkmate ko ulas blog slim.slim ulas blog ko.

LeeSlimShady berkata...

Jadi apa perbezaan nya tu saudara? kami kan rakan politik jadi haruslah mengulas diantara satu sama lain....