Jumaat, 22 Mei 2009

Nizar akan Lawan Tapi mampukah Zambry berdepan Rakyat perak yang membencinya





Keputusan berkenaan memang telah diduga,sejak awal lagi kemenangan akan berpihak pada Zambry setelah di selidiki perbicaraan itu telah di hakimi oleh hakim yang pernah di sebut oleh Linggam yang terbabit dalam skandal perlantikan yang di atur oleh Linggam,Vincent Tan,Tengku Adnan dan Eussof Chin.

Atas sebab itu kenapa Nizar tidak hadir pada perbicaraan di PutraJaya,bukan sahaja dia malah anak - anak Perak mahupun Rakyat malaysia sekalipun tak rela untuk mendengar Tukang karut - tukang karut mereka merepek dan melalut tak tentu hala.



Biarpun Zambry juga tak hadir pada petang semalam tetapi Tindakan UMNO mengarahkan ahli - ahli Parlimen nya ke Mahkamah pada petang semalam telah menggambarkan perancangan perjalanan Mahkamah tersebut telah berjalan secara "by hook or by crook"







Lebih kurang pada Jam 5.00 petang senalam seorang piun telah di hantar ke Bangunan SUK Perak.Surat itu juga telah mengarahkan Zambry supaya mengembalikan kereta Camry ber"plat AGS 10.Apabila petugas berkenaan menyampaikan akan hal itu kepada Nizar,Nizar hanya tersenyum kerana barisan peguam Pakatan Rakyat telah pun menyediakan dokumen - dokumen untuk "lawan" semula kes ini di mahkamah Persekutuan.Biarlah Zambry nak ketawa atau nak hebahkan pada Media yang mana "Be End" telah berjaya menumbang kuasa rakyat di Mahkamah.





Tapi setidak - tidaknya Zambry kena Ingat ! yang mana Dia atau pun geng - geng Al-gojo BN belum "checkmate" lagi ,kerana permainan masih belum tamat.Nizar berpegang pada slogan anak - anak Perak yang sering di laung - laungkan dalam stadium "KEJOR YEOP KEJOR" yang mana dia tak akan memberi peluang walau sesaat pun pada Zambry dan Geng - geng al-gojo BN untuk "berehat" dan menarik Nafas lega.



Kerana Mamak Zambry bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Pertempuran di mahkamah ,tetapi dia juga terpaksa berdepan dengan kebencian Rakyat Perak atas kebobrokan yang dilakukan selama ini disaksikan oleh rakyat.Pencabulan keatas Dewan Undangan Negeri Perak atas perancangan Zambry yang telah di proksikan oleh Najib telah disaksikan sendiri oleh bukan sahaja Rakyat negeri Perak tapi seluruh rakyat Malaysia.



Dalam Pada itu Pensyarah Undang - Undang Syariah dari UIA iaitu Prof.Dr Abdul Aziz Bari memberi sedikit komentar yang mana KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Dr.Aziz Bari berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang mem"provoke" Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi UMNO termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1)."Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa aneh mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasa la macam ni ,dari dulu lg dok dgr mahkamah ni tak adil kalau hangpa kalah tapi kalau menang junjung , melangit - itu org cakap kalau nak jadi pemerintah yg cemerlang kena pandai terima kekalahan .tenguk TGHA kalah terima menang alhamdulillah baru bolih jd pemimpin .ni dak kalah menangis ,pas tu merajuk .kalau dak pun kalah berdendam .apapunya org pun tak tau.

Tanpa Nama berkata...

abis masa mahkamah tinggi dah confirm Nizar sebagai MB sah knp si mamak zambree nak reyu lagi?
klu dia tu kata terima dgn hati terbuka - diam dan bungkus balik kampung dah lah ...

LeeSlimShady berkata...

tepat dengan apa yang dikatakan oleh saudara Tanpa nama...kalau Zambry terima dengan hati terbuka kenapa nak rayu lagi...ianya secara jelas dah di beritahu dalam Mahkamah dan perlembagaan,sekarang jom kita serang Speaker Haram diorang pulak...