Setelah agak lama berjuang dan bertikam lidah,Nizar yang telah di nafikan Hak nya sebagai status menteri Besar kini di beri ruang keadilan yang sepatutnya setelah Demokrasi di Perak di cabuli tanpa pertimbangan....
kini Nizar akan Bangkit menuntut keadilan....
kita menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.
Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif,
kehakiman dan juga perundangan.
Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut. Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.
Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan...
Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Y
ang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-
1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.
2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperti yang diarahkan mahkamah hari ini.
3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.
4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.
5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.
Dalam mahkamah hari ini 11 Mei Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.
Mahkamah juga mengarahkan Zambry dan Exconya mengosongkan kerusi masing-masing.Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.Sementara itu,
Saya di beritahu oleh rakan Wartawan, Zambry akan mengosongkan segera pejabat MB Perak kerana menghormati keputusan mahkamah.Sekarang dah terbukti Zambry MB perak yang tidak sah...
Itu yang Zambry dan Blogger BPN nak tegak kan benang basah...
sekarang hal kedua yang patut di selesaikan ialah menurunkan Speaker Haram DUN perak dan mengembalikan semula Speaker Yang Sah demi mengembalikan Semula Erti Demokrasi yang sebenar....
Mengikut khabar yang diterima dari kawan-kawan di Perak, Polis sedang mengepung bangunan SUK. Ape yang ditakutkannya tu Yeop? Ada dokumen rasuah yang nak dimusnahkan ke?
Apa khabar suami Rosmah dan Mamak Zambry? dah lelong Camry ke belum? kalau belum bawak - bawak la rilek dulu........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan