Khamis, 28 Mei 2009

Zahid kecut perut nak berdebat dengan Husam

cheh ! Datuk tak guna pergi berdebat kalau si UMNO tu dah memang pengecut

Kelmarin kita pastinya menunggu Debat yang menarik diantara 2 Naib Presiden ,yang juga memegang jawatan kerajaan dari 2 Parti yang berbeza iaitu debat diantara Datuk Paduka Husam Musa iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato' Seri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan,yang mana kedua - duanya adalah Naib Presiden dari PAS dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menunggu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hingga jam 9.35 malam di Sri Pentas, tempat berlangsungnya rancangan itu, sebelum meninggalkannya.Mereka berdua sepatutnya berhujjah dalam rancangan Hujah TV 9, namun Zahid menarik diri di saat akhir dengan menggantikannya dengan Ezam Mohamad Nor.

Apasal la Raja Sesumpah ni pulak yang dia pergi jemput? dia mana ada kene mengena


Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.uzur ke atau kecut perut sebab tak pandai nak berdebat?.Oleh yang demikian Datuk Paduka Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Naib Presiden PAS dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual Menteri.

Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.

oi ! kecut perut ke? apasal ngkau? tak leh nak berdebat ke tak leh nak bercakap?
Husam mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempatnya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK,kata Husam dengan penuh kecewa dengan sikap pengecut Naib Presiden UMNO berkenaan.

5 ulasan:

checkmate berkata...

xda teluq...ungkapan mudah lg padat

kamikaze501 berkata...

bagi aku, dua-dua tu sama jer.... baik zahid ngan husam..!! sama2 pengecut!!!!

LeeSlimShady berkata...

kenapa pulak begitu saudara Kamikaze sedang kan Datuk Husam dah tunggu Zahid punya lama last - last Zahid kasi Kensel apasal?

kamikaze501 berkata...

walaupun zahid x de... tapi ezam ade??? xkan sebab ezam x de jawatan kat umno, husam x nak berdebat??? takkan takut kut ngan ezam???

LeeSlimShady berkata...

memang la ezam takde jawatan dalam UMNO masalahnya Ezam bukan wakil kerajaan Barisan Nasional,sedangkan HUSAM adalah wakil kerajaan PAS,itu pasal nanti Ezam tak dapat jawab bagi pihak menteri kabinet BN seperti Husam yang akan jawab bagi pihak Exco kerajaan PAS,sebab itu kita mahukan Zahid Hamidi,bukan Ezam....

Ezam bukan Menteri...