Kak Min sedar Tak apa yang Kak min buat ni satu lawak...
Kak Min adalah bekas ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang,dan kini Kak Min yang juga "seiring" dengan Ezam,Wan Junaidi,Md.Nazmi,Hamdan,Norman Taha ataupun Lokman Nor Adam menggunakkan "title" sebagai bekas pemimpin keADILan untuk meraih simpati dan undi.Atau mungkin lebih kepada "upah" yang di berikan kepada nya daripada orang - orang tertentu.Semenjak di tabal kan sebagai calon bebas PilihanRaya kecil DUN Penanti Kak Min atau nama penuhnya yang begitu sinonim dengan nama kedua Alltantuya yang telah di berikan oleh TV3 suku dan Utusan Melayau iaitu Aminah binti Abdullah kini mendapat liputan dan publisiti murahan yang meluas oleh Media khususnya TV3 suku..
Kak Min sebelum ini membuat Pengakuan yang mana pemimpin - pemimpin dari Parti keADILan telah menyogok beliau dan 2 calon bebas yang lain agar menarik dari dari PRK tersebut.Oleh itu itu Kak Min mendedahkan rakaman perbualan yang cuba di "perangkap" olehnya sendiri dengan mempelawa pemimpin - pemimpin PKR tersebut makan dan berbual di rumahnya.Dalam pada masa yang sama Kak Min merakam pertemuan tersebuat dengan sebuah kamera dan rakaman tersebut telah di simpan dalam Cakera VCD.
Yang lawaknya...
1. Kak Min Menyerahkan rakaman perbualan terbabit kepada Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) tetapi tidak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Apakaah Maksud Kak Min? kenapa kepada SPR dan tidak kepada SPRM? Apakah ia sebagai satu usaha untuk membatalkan pencalonan Calon keADILan iaitu Dr.Mansor? Apakah yang SPR boleh lakukan tanpa pengesahan oleh SPRM sekalipun pemimpin keADILan menyogok Kak Min.
2.Dalam Pertemuan terbabit Kak Min kata Kak Min kepada Berita Hairan,dia bukan sahaja disogok dengan wang ringgit malah katanya dia juga di tawar kan dengan jawatan Ahli Majlis MPPP.Persoalannya bagaimana Kak Min boleh di tawarkan dengan tawaran sebegitu tanpa persetujuan oleh Majlis Exco kerajaan negeri yang di dokong oleh Pakatan Rakyat.Sedangkan Kak Min sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tak menyertai mana - mana Parti dalam komponen PR.
3.Kak Min juga mendedahkan pendedahan yang paling lawak sekali di alam Maya yang mana dia juga di tawarkan oleh pemimpin keADILan dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kalau dia menarik diri dari PRK tersebut.Sebab apa yang menghairankan bagaimana Kak Min boleh jadi TKM kalau dia bukan wakil rakyat dalam mana Parti dalam komponen Pakatan Rakyat.Kalau difikir secara logik atau tak logik pun Kak Min boleh tarik diri sebab tak perlu bersusah payah berkempen untuk PRK Penanti, pasal Tak bertanding pun Kak Min boleh jadi TKM jadi buat apa Kak Min nak kecoh - kecoh.
4.Kak Min juga mengakui Pemimpin keADILan terbabit bukan sahaja menyogok Kak Min Malah turut menyogok 2 calon bebas yang lain.Tapi masa pertemuan yang "dijerat" oleh Kak Min sendiri itu yang ada cuma Kak Min,suaminya dan pemimpin keADILan sahaja.Tapi mana lagi dua Calon yang cuba di sogok terbabit? Mungkin pegawai SPR yang terbabit pasti menggaru kepala.
Mana Kak Min belajar main provoke macam nih?
Banner di atas telah digantung di simpang tiga mengkuang jadi ahli AMK dan Wanita telah bertindak menurunkannya.Banyak juga duit Kak Min perabis pasal nak buat banner ni ye.
Bunting tu macam kenal je,Lokman je biasa design Macam tu. tak Lokman,Khairy
Setelah beliau terhidu bahawa `drama' nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007.Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah(Si Mat Ezam dengan si Mat Najib).
Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau.Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi-pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah' di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan "masihkah kau ingat kejadian di hotel......" (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah'kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? .
Bak kata Kak Ju,Ketua Wanita KeADILan dan Ahli Parlimen Ampang,
"Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa dan bukan bersifat realiti. itu biasalah. Tapi kalau nak cari perhatian media janganlah kianati rakan-rakan lama walaupun rakan kita itu berlainan fahaman politik"
Entah lah Kak Min jangan sampai terpele'ot sudah...he..he..he..he...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan