Jumaat, 5 Jun 2009

Satu lagi Projek Kelentong di Kerajaan Barisan Nasional

Lapor Untusan Merapu hari ini....

LAPORAN AWAL KES BUMBUNG STADIUM RUNTUH DALAM SEBULAN: SHAHZIMAN - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, Selasa lalu, akan mengeluarkan laporan awal kes itu dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor, berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.




Yang menjadi persoalan di sini memanglah bukan nak cari siapa yang salah tapi masalah di sini ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab memasang bumbung stadium berkenaan,takkan satu projek stadium satu Kontraktor sahaja yang di pertanggungjawabkan untuk menjalankan pembinaan,mesti ada sub-kontrakor yang dilantik untuk memasang bahagian - bahagian bangunan dalam stadium berkenaan.Masalahnya nak buat JawatanKuasa apa lagi yang semata - mata nak cari punca bumbung tu boleh runtuh, kalau dah tahu bumbung tu pakai besi murah tak pun "besi buruk" mana tah dia pergi rembat lepas tu pasang kat stadium baru ni...

"halamak ini kes tak payah nak chong la !! member baik aku yang rambut flat top ada ekor belakang,pakai hanset i-phone dan bawak Honda Civic tu pun kontraktor la !!! ini "trick" sume dalam poket spender dia lagi nak buat jawatan kuasa ke ? tak payah nak kelentong pasal satu malaysia pun tahu bumbung tu runtuh pasal budget nak beli bumbung "ori" dah kena songlap"

Masalahnya nak siasat apa lagi kalau dah tau ada geng - geng diorang yang songlap "budget" lepas tu pasang barang murah pasal nak untung lebih,yang dapat kontrek rembat untung lebih, yang bagi kontrek pulak songlap budget sampai berlebih - lebih....
lepas tu bila projek "Hancuss" baru la cari alasan pasal tak nak bersoal - jawab sampai berbuih - buih.

Lepas 6 bulan apa keputusan laporan siasatan nya? siapa kontraktornya? siapa yang bagi kontraknya? apa punca masalahnya? simen lebih ke atau pasir yang kurang? Pasir lebih ke atau simen yang kurang? dalam simen takde air ke atau dalam pasir lupe nak taruk air?

atau memang takde keputusan laporan langsung?

takkan dah dekat PRU - 13 baru nak bagi tau laporan nya kott?

Tiada ulasan: