Ahad, 7 Jun 2009

Nizar bongkar Plan UMNO untuk musnahkan sekolah agama rakyat melalui perlaksanaan PPSMI




Perwakilan Dari Rembau telah mengusulkan Usul bantahan terhadap PPSMI dan memberitahu dalam Muktamar tahunan PAS di Stadium Malawati Shah Alam sambil menerangkan ia adalah tindakan Bodoh pemimpin - pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sambil perwakilan PAS dari Cheras yang menyokong Usul terbabit perlaksanaan PPSMI jelas sekali bukan sahaja telah melanggari Artikel 152 perlembagaan Persekutuan,Penyata Razak dan penyata Rahman Talib malah Perlaksanaan itu juga jelas mengkhianati asas perjuangan UMNO dan laungan Parti melayu Cabuk itu sendiri iaitu "hidup Melayu",ini jelas sekali menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai cakap dari buat,mereka tidak lagi memperjuangkan kebajikan Bangsa tetapi lebih kepada kepentingan sendiri. Perwakilan Dari cheras yang melabelkan UMNO sebagai "Bangang" atau lebih kepada cukup "bangang" lebih mengagung - agungkan sistem dan bahasa barat untuk diangkat dalam sistem pendidikan bangsa,sedangkan sudah terbukti apabila dilihat golongan aristokrat di negara - negara seperti Perancis,Sepanyol,Itali,negara - negara eropah timur,negara - negara matahari terbit dan negara - negara amerika latin memajukan ekonomi,golongan teknokrat dan intelektual mereka membangunkan teknologi tanpa memahami walau sepatah habuk pun untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dalam Pada Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Nizar Jamaluddin menceritakan pada tahun 2004 pada detik - detik dasar PPSMI dilaksanakan dia dan beberapa wakil PAS dari Perak telah turun - naik mahkamah untuk menyelamatkan Bahasa Ibunda nya yang tercinta.





Dato ' seri Nizar menjelas pada ketika itu dia menyedari apabila buat kali pertama dasar ini di jalankan bukan satu tapi dua surat pekekeliling telah dihantar kepada pengetua - pengetua sekolah - sekolah rendah yang mana surat pekekeliling yang pertama dihantar kepada sekolah melayu dan surat pekekeliling yang kedua dihantar kepada sekolah Tamil dan sekolah cina yang mana kementerian Pelajaran pada ketika itu menterinya Musa Aman mengarahkan pembelajaran subjek Matematik dan sains keadalam bahasa Inggeris di ajar selama 120 minit dalam seminggu di sekolah kebangsaan dan 60 minit di sekolah Tamil dan Mandarin.Ini cukup di tentang oleh nizar kerana jarak waktu terbabit adalah tidak adil untuk di laksanakan di sekolah kebangsaan dan dasar PPSMI di laksanakan secara mengejut ke sekolah - sekolah kebangsaan.
setelah diselediki dasar ini bukan sahaja tindakan Bangang yang dilaksanakan oleh menteri pelajaran di bawah arahan Mahafiraun tetapi ia lebih kepada dendam Mahafiraun kepada sekolah - sekolah agama rakyat yang mana pernah di suatu masa Mahafirun mengarahkan agar kementerian Pelajaran menghentikan semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan alasan "haramjadah" nya mengatakan bahawa ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat mengajar politik kepada pelajar - pelajar sekolah agama terbabit.
Jadi setelah tekanan kuat di kenakan terhadap kementerian pelajaran akhirnya sekatan bantuan di tamatkan tetapi Dendam "mahafiraun" terhadap sekolah - sekolah agama rakyat masih menebal setelah SAR diletakkan sebagai seliaan swasta dan bukan kerajaan,sudahlah sekolah ini kebanyakan nya kelihatan Daif malah dengan Perlaksanaan PPSMI adalah ibarat rejaman TKO bagi melumpuhkan usaha - usaha untuk memulihkan sekolah kerana banyak ustaz dan Ustazah di sekolah ini hanya arif dalam bahasa arab tapi tidak bahasa inggeris jadi selepas dasar PPSMI ini dilaksanakan ibubapa terpaksa menarik anak - anak mereka dari belajar di sekolah agama rakyat sebab bimbang mutu pengajaran dan pembelajaran anak - anak mereka dalam subjek Matematik dan Sains akan terjejas hanya kerana ustaz dan ustazah di sekolah agama rakyat tidak arif berbahasa inggeris,dan oleh kerana sebab itulah Dato'Seri Nizar mengambil tindakan dengan menyaman Pengarah Kementerian Pelajaran kerana mengambil tindakan melaksanakan dasar ini secara mengejut dan paksaan keatas sekolah - sekolah kebangsaaan.

Tiada ulasan: