Rabu, 8 Julai 2009

Geng Algojo UMNO/BN Menipu lagi pasal Dasar PPSMI


[220708.jpg]



Tak habis - habis nak menipu...sekejap cakap jadi sekejap tak? Ketua Geng Algojo kata nak Mansuhkan PPSMI tapi Pada 2.30 tadi......
Keputusan telah dibuat bahawa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat jam 2.30 di kementerian itu di Putrajaya.

Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa .

Kita percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Menurut beliau pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Nampaknya Kerajaan Geng Algojo nak cari nahas nampaknya .

Tiada ulasan: