Hari ini saya difahamkan ADUN Lunas En. Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran dari Pimpinan tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengisytiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, dan berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”
"Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan"
Anwar Ibrahim
Ha...ha...ha.. pastinya bercencang rama Media - media Algojo pda malam ini mencanang bermacam - macam cerita,apa yang paling utama ialah mereka pasti kata kan yang Md.Radzhi dah hilang keyakinan pada pucuk pimpinan tapi diorang tak nak bagi tau berapa banyak "claim" si balau ni pada kerajaan negeri dan masalah peribadinya.Ada kah ini akan menjadi bahan kempen ? esok adalah hari mengundi bagi penduduk Permatang Pasir,jadi mereka bijak menilai yang mana intan dan permata.......usah lah isu keluar masuk parti yang di perbesarkan kerana isu yang patut di ambil tahu ialah kelentong Wak Din Sembab berhubung Pemansuhan Dasar PPSMI.
3 ulasan:
ape tutup??? aku tengok ok je ruang komen diorang... siap kena kutuk lagi diorang tu aku tengok...!!! ko jangan la buat fitnah... ni ko cakap pun kira fitnah ko tahu...!!! bawak2 la mengucap... kita ni orang melayu dalam keadaan genting ko tahu x.... sikit lagi klu orang melayu x bersatu, nasib kita jadi cam singapura la.. jadi negara republik.... aku nak tanya ko klu ko pandai sangat... ko tahu x kontrak sosial??? klu ko tahu ko renung2 kan.. klu ko x tahu cari fakta lepas tu ko fikir la ape maksud kontrak sosial... jgn ckp x de fakta... ko tu suka ckp x de fakta mcm kes natrah... ko tahu ke pasal kes sebenar natrah??? klu x tahu jgn nak memandai jer.. 1 lagi, jgn nak reka2 cita pasal selangor tu bagus.. lagi teruk pemerintahan pkr ko tu.... ko ni patut hidup zaman sebelum merdeka, baru tahu rasa susah. ko hidup sekarang ni banyak komplen jer, mentang2 semua ade. ko dulu sekolah mana ,?? ko mesti sekolah kerajaan kan??? kerajaan bn yg ko kutuk tu lah bagi ko pelajaran sampai ko jadi pandai... dasar x geti bersyukur.. klu ko duduk kat bangla atau indonesia baru ka tahu betapa susahnya nak dapat pelajaran... aku tahu ko marah pada kerajaan tapi jgn lah buat fitnah yg bukan2. aku pun marah jugak tapi aku x de lah sampai membuat fitnah ke kutuk mcm ko..aku tahu ade pemimpin bn yg x betul, tapi x semua pemimpin bn perangai dia x elok.. sama jugak mcm pkr ko tu, ade pemimpin x boleh pakai dan ade yg bagus.. tapi yg buruk aku tengok ko agung2 pulak... aku kesian kat ko ni,terlampau fanatik sangat sampai percaya bulat2 kat orang yg x betul. aku tahu ko ni ade akal, tapi guna akal tu dengan betul... aku sebenarnya banyak fakta nak bagi kat ko pasal n3 ko banyak yg x betul ni. terutama sekali pasal selangor...jgn lah ckp benda ko x tahu, buat2 tahu... sudah la, kerajaan selangor tu takat pru 12 jer.. lepas ni rakyat selangor undi balik pada bn.. ko tengok la nanti.. selangor kalah sebab umno salah memilih calon tu yg membuatkan rakyat selangor marah...pkr ko tu menang kesian jer tu..aku harap ko fikir la balik, aku x kisah ko nak sokong mana2 parti tapi biar n3 ko ni betul dan berunsur fitnah.. fitnah tu lebih bahaya daripada membunuh.. fikir2 kan lah.
Macam bodoh je anon kat atas ni melalak.Amik le umngok si Radzi yang korang dok tuduh rasuah tu.Takde sapa nak halang.Dah lama dia terliur nak masuk umno.Dok ajak adun lain tapi kesian takde sapa nak ikut dia.Tapi tak tahu malu pulak muka dia taknak lepaskan jawatan exco .Pegi sokong mat monggol tapi masih nak harap gaji dari kerajaan pr.Tak kemana nya orang macam ni.
hello tanpa nama... lain kali baca betul2 aku punya komen.... yg korang pegi pilih calon bodoh kenapa??? lepas tu ko marah kat umno buat aper??? ko x pikir la adun bn pegi ker pakatan rakyat ko x marah pulak?? orang umno x marah pun diorang keluar??? korang bersuka ria... ni mamat adun bonggok tu keluar jadi adun bebas pun korang marah... lepas tu tuduh umno jugak..!! mentaliti korang ni cetek betul... woi dol...!! gaji dia tu bukan pkr bayar ko tahu x.... gaji dia tu duit rakyat, duit kita dol..!! ko tahu ke x tahu... tu la, orang suruh bayar cukai x nak... ni nak free jer.. ko ni patut kena hantar btn... baru insaf rasa nya..
Catat Ulasan