Isnin, 24 Ogos 2009

PPSMI : Wak Din Sembab Kelentong Melayu lagi



KERAJAAN TERUS HINA BAHASA MELAYU : SAMAD - malaysiakini

Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Macam mana Ni Wak Din? siapa kaki kelentong? siapa Pengkhianat?


Bila Wak Din Sembab pun nak tiru perangai ketua algojo nya iaitu Mat Monggol yang suka buat "style" kelentong dan lidanh bercabang.Sebelum ni Wak Din kata akan mansuhkan Dasar mengarut nih hingga nak buat satu sidang akhbar yang mengatakan PPSMI akan di mansuh kan,lepas tu Wak Din cakap dalam sidang akhbar nak mansuh kan PPSMI pada 2012.Tapi hari ini rakyat satu malaysia sendiri menyaksikan siri penipuan yang terus berlanjutan dari zaman Mahafiraun hinggalah ke Zaman pemerintahan Rejim Mat Monggol.

sebelum ini kaki - kaki kelentong geng algojo iaitu Nazri MP padang Rengas pernah memberi tahu rakya di dalam dewan rakyat yang mana kelima - lima hakim yang di cadang supaya di bayar pampasan ex-gratia itu tak di pecat tapi di nasihatkan berhenti,tapi pada ke esokan ahrinya Madey sendiri mengaku yang dia sendiri mengarahkan supaya hakim - hakim tersebut di pecat dan bukan di nasihatkan berhenti,tapi itu kita boleh terima la sebab hal tu dah lama
dan ia melibatkan tentang perundangan dan keadilan.

Tapi hari ini setelah kita tahu yang mana perlaksanaan PPSMI yang tak beretika ini(bak kata MB Johor Abdul Ghani Othman) akan di mansuhkan pada 8 jun yang lalu tapi di panjangkan tempohnya hingga 2012,namun pejuang - pejuang bahasa mahukan ia di mansuhkan segera.Tapi hari ini kita sendiri Saksi penipuan dan pengkhianatan seorang lagi Ketua geng Algojo United Malays National Organisation kepada bangsanya sendiri yang melaungkan slogan "hidup melayu" iaitu Wak Din Sembab telah memanjangkan tempoh pemansuhan itu pada 2017,adakah Wak Din telah "transform" kan lidahnya kepada seekor biawak? kerana tindakan ini bakal mengundang kemarahan Orang Melayu 1 Malaysia.Permatang Pasir bakal mengadili si "peludah bahasa" kerana mungkin puisi ini sesuai buat Wak Din Sembab...





PELUDAH BAHASA


Ketika lahir jeritnya amat mesra––hening suara bayi pertama.

Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.

Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.

Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa––

insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.


Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.

Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.

Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.

Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:

Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.


Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;

pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.

Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;

masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.

Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.


Tapi, kuasa tersangat nikmatnya––darjat dan harta sebuah buana.

Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.

Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.

Terakhir, dengar kisah lupanya––semua dangkal kecuali dirinya.

Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.


Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.

Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.

Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.

Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.

Sangatlah selesa dan bangga––dirinya tulen peludah bahasa.


18––19 Jun, 2009. –A. SAMAD SAID

Tiada ulasan: