Jumaat, 18 September 2009

Al-kisah Madey,algojo dan pencacainya

Tun Madey berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar. Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa". Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.



Nazri Aziz




Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota algojo sendiri seperti yang pernah berlaku."Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Algojo hentam saya. (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada algojo. Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap. Malah, anggota MIC itu ingin menemui Madey untuk meminta maaf secara peribadi.




Mahadzir Khalid



Mengulas lanjut isu itu, Madey berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada algojo. Tapi orang tak react (beri reaksi).Pasal apa dulu tak react, kali ini react.
Dulu bila saya kena hentam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Madey berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya. Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Algojo dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC."Saya duduk dalam Algojo dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi(kah..kah..kah..tu pasal la tak reti bahasa)," katanya.Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri(Geng Algojo United Monkeys of National Oldies), orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."
Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri. Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.





Tapi apa yang jadi tunggang langgangnya ialah media algojo dah jadi macam tak tentu arah,masih ingatkah lagi....

Dah tiga tahun, barulah Utusan naik angin








Tiga tahun lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, ada geng algojo yang panggil beliau beruk dan iblis.

Dalam berita Utusan Melalok 28/8/06 bertajuk "‘Usaha sekat jadi perwakilan satu penghinaan’," bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata:

"Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Algojo, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Algojo yang baru".
Beliau juga berkata:

"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam UMNO. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam UMNO".
Akhirnya, maknanya setelah tiga tahun, barulah Utusan Malaysia melenting marah dan angin satu badan apabila akhbar itu menyiarkan berita muka depan yang bertajuk "Jangan biadab" hari ini.

Barulah saya tahu, cari makan rupa-rupanya menyebabkan kita sangat sabar dan lambat marah. Bayangkan la, dah tiga tahun dah, baru berasa nak marah.



Woiitt....ini berita kalau dah lalok ...lalok lah jugak.......kalau dah hairan ....hairan jugak,kalau dalam satu surat khabar utusan melalok atau pun berita hairan tu yang betul cuma laporan nombor ekor...jerkk....yang lain kelentong abesss..........

kalau korang nak baca kena jugak ikut petua hishammudin rais..kena baca terbalik, baru betull..
bersempena dengan bulan yang mulia ini skuad blogger pembela rakyat mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua pembaca laman blog pejuang pro - demokrasi dengan ucapan maaf zahir batin terutamanya pada geng algojo.......lepas raya kiterr...jumpa kat bagan pinang okkehh....


3 ulasan:

Mat Amin berkata...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Moderator Laman Pejuang Demokrasi sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

LeeSlimShady berkata...

kita pun sama dan semoga penduduk kampung perdamaian jua mendapat rahmat di syawal yang mulia ini

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com