Khamis, 8 Oktober 2009

Berapa ratus kali algojo nak kelentong daa......






Bila dah tersepit dengan macam - macam isu,nak jawab tak boleh,nak elak dah kena ,nak kelentong orang tak percaya akhirnya yang menjadi mangsa adalah tok mat isa di bagan pinang.Kerana Algojo United Monkey of National Oldies Tok Mat Isa kini berdepan kemungkinan akan kalah dalam pilihanraya kecil bukan sahaja dengan perbuatan sabotaj geng - geng tok mat asan malah "taik - taik" yang telah di bikin oleh Algojo sendiri.Sudah cukup rakyat satu malaysia menyaksikan tuduhan bangang yang di lemparkan oleh algojo di selangor bermula dengan isu ladang babi yang akhirnya memakan diri apabila Salah seorang Pemimpin BN dari Parti Most Corruption Agency iaitu Dr. Lee Chong Meng mendedahkan satu gambar dalam akhbar the Star yang mana algojo sendiri telah menjalan kan lawatan ke ladang babi moden ke Jerman dan menjelaskan Ladang Babi Moden adalah projek yang di jalan kan oleh geng algojo selangor yang di ketuai oleh Wak Botok.



Selepas itu tak surut dengan fitnah yang di lemparkan oleh algojo, Wak Botox dengan geng - gengnya menuduh lagi Tan Sri Khalid Melakukan penyelewengan Rasuah dengan memberi 45 ekor lembu korban kepada penduduk - penduduk Bandar Tun Razak yang menambah kebencian lagi Rakyat kepada Algojo kerana tergamak algojo menuduh suatu kewajipan sebagai pemerintah kepada Rakyat sebagai satu penyelewenengan.Tak cukup dengan Itu rakyat sendiri menuyaksikan ketamakkan Kuasa Algojo yang masih mahu merampas Negeri Selangor Walaupun mereka tahu yang mana mereka dah kalah dalam pilihanraya..walaupun mereka tahu yang Rakyat tak meninginkan Algojo lagi apabila pemuda - pemuda algojo ke istana menghantar memorandum meminta Sultan yang selama ini dah benci dengan sikap algojo supaya mempertimbangkan kembali perlantikan Tan Sri Khalid Sebagai MB Selangor.Beberapa bulan selepas itu rakyat mulai jijik dengan perlakuan algojo yang sangup "mengaib" YB Eliz dengan mengedarkan foto bogelnya yang mana pada ketika gambar itu diambil YB Eliz sedang nyenyak tidur dengan menjadikan alasan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat tidak bermoral, maka rakyat mula terfikir adakah bermoral mengaibkan seseorang secara menganiayainya?



Tak lama selepas itu Rakyat terutamanya Orang Melayu menyaksikan dengan mata kepala sendiri yang mana Parti yang Mereka Sanjung dengan Mudah Memijak dan Meludah Perjuangan Sendiri apabila mereka sanggup mengarahkan Polis yang di "perkuda kan" untuk menzalimi para demonstran yang berarak demi mempertahankan Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Ibunda dan juga Teras perjuangan Algojo sendiri.Sebab itu saya mengelarkan Mereka dengan gelaran Algojo United Monkey of National Oldies kerana hanya beruk Afrika sahaja yang akan meludah dan memijak perjuangan sendiri.


Ketamakan terus menguasai diri algojo apabila Negeri Selangor yang permai ini tetap jua hendak di rebut dengan apa cara sekali pun termasuk membunuh Teoh Beng Hock yang mana sehingga kini perjalan inkuesnya semakin hari semakin Mengarut.


Habis sudah jalan "diteroka" apabila usaha - usaha demi usaha di lakukan untuk merampas negeri selangor yang mana kebanyakan menggunakan taktik kotor oleh itu algojo cuba menggunakan taktik yang sama seperti ketika algojo menjatuhkan kerajaan PAS negeri kelantan pad tahun 1972 dengan melakukan huru - hara tpi yang terbaru ini lain pula, Kepala lembu yng tak berdosa di arak ke Bangunan S.U.K dengan harapan ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat india dengan harapan akhirnya kekacauan akan tercetus hasil dari sentimen perkauman yang di cetuskan oleh Algojo sendiri,oleh itu maka Polis akan "diarahkan" untuk memohon pada sultan selangor untuk mengisytiharkan darurat di negeri selangor,maka dengan itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan di gantung dan di gantikan dengan Mageran yang akan di angotai oleh geng algojo.Sentimen perkauman akhirnya tak berjaya kerana kami berjaya yakin kan penganut Hindu yang mana ini adalah permainan politik kotor algojo.


Maka dengan itu Rakyat Bangan Pinang akan melihat segala - galanya itu dengan penilaian yang cerdik iaitu dengan menolak calon dari algojo yang mana calonnya sendiri bergelumang dengan kekotoran Rasuah.

Tiada ulasan: