Mahathir tetap boikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang
DUNGUN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah dan Tun Tetap tidak akan berkempen untuk Parti pada Pilihanraya kecil Bagan pinang ini kerana katanya rakyat akan tetap memandang serong kepada UMNO kerana memilih seseorang yang telah terlibat dalam Rasuah Politik.Bukan Sahaja itu Madey juga berkata budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMNO tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.
Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.
“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.
Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.
Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad. Beliau yang sebelum ini mahu supaya Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit mendakwa, beliau amat tegas dengan pendiriannya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah seperti mana pendiriannya sebelum ini.
Dr Mahathir berkata beliau enggan berkempen kerana tida:k ingin orang berpandangan negatif terhadap calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.
“Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen,” kata nya.
BETUL KE ? MADEY TAPI MACAM MANA ERIC CHIA YANG KO GI LEPAS KAN DULU? BAHAYA NEH BAGI GENG - GENG TOK MAT ISA !!!! TAPI DALAM PADA MASA YANG SAMA GENG - GENG TOK MAT ASAN TAK LEH HAPPY DULU.....PASAL
Isa sudah dihukum, dipilih sebab popular: Mat Monggol
PARIS - Tan Sri Mohd Isa Samad sudah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular dalam kalangan masyarakat kawasan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satu-satu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki.
Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini, kelmarin.
Menurutnya, Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.
“Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.
“Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman,” katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Najib berkata, Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan Menteri atau Menteri Besar.
Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, Isa, 59, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan