Rabu, 21 Oktober 2009

Lubuk Merbau...Memali dan Teoh Beng Hock : Tak sudah - sudah Algojo menyembelih



Hari ini seluruh rakyat menyaksikan kan kezaliman demi kezaliman,kekejaman - kekejaman demi kekejaman namun apabila di tanya kepada algojo tentang semua ini oleh wartawan antarabangsa dengan mudah Algojo menafikan.Manipulasi demi Manipulasi maklumat berhubung berbagai onar yang telah di lakukan oleh Algojo dan demi menghalalkan perbuatan mereka maklumat tentang itu di putar belitkan oleh media tukang canang .Teoh Beng Hock di siasat di pejabat SPRM selangor di bangunan Plaza Masalam. Tetapi yang di suspek pula adalah rakannya sendiri iaitu Tan Boon Wah termasuk majikannya iaitu Ean Yon Hian Wah.Dalam Sinar Harian beberapa hari yang lalu inkues juga menyebut tentang akaun keluar masuk duit Teoh Beng Hock yang bernilai RM3,500.00,Persoalannya di sini untuk apa siasatan akaun nya di dedah kan? sedangkan ini adalah siasatan untuk mencari punca kematian Beng Hock.
Drama demi Drama siasatan berlangsung bagaikan pementasan TV drama bersiri gerak Khas yang menjadi propaganda algojo di TV2 setiap hari apabila ramai individu yang "tak berkenaan" dengan kes Beng Hock di ketengahkan...Persoalannya untuk apa? sedangkan kita tahu kisah yang sebenar adalah Beng Hock mati dalam siasatan,oleh itu tak perlu nak kelentong ada ramai suspek,tak payah nak putar - belit sana - sini kerana dengan hal itu rakyat satu malaysia dah tahu yang mana skrip ini memang dah sengaja di rancang oleh algojo untuk menutup kezaliman yang telah di lakukan kepada Beng Hock kerana kita sendiri melihat betapa algojo melindungi penyiasat - penyiasat SPRM dari di siasat dengan lebih terperinci lagi.Kerana itu perlu di ingat hanya PENYIASAT - PENYIASAT SPRM SAHAJA YANG BERADA DEKAT DENGAN TEOH BENG DALAM JARAK 50 METER RADIUS SEJURUS SEBELUM DIA MATI.Jadi kita pun "maklum" mengapa Suspek utama ini tak di siasat.




Lubuk Merbau

Tentu kita masih ingat sejak lama dulu,sebuah peristiwa yang berlaku di Lubuk Merbau.Dalam satu kempen pilihanraya, kerana angkara sembelihan Algojo, ahli PAS terkorban dan syahid. Senarai mereka yang tercedera dan terkorban dalam kejadian pada 18.1.1985 itu adalah seperti berikut:-

1.Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam

2.Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala

3.Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.

4.Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.

5.Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.

6.Osman bin Talib - retak di kepala dan syahid.*

Kes ini dah lama di selindungkan dari pengetahuan rakyat 1 malaysia dan sehingga hari ini Algojo terus menafikan kezaliman ini.Kes ini pula tertangguh dengan bermacam - maam alasan sehingga ke hari ini.Di situ di saksikan berpa ramai geng Algojo yang bertaring dan dahagakan hingga sanggup membunuh salah seorang pemuda PAS iaitu Allahyarham Osman Talib tapi di nafikan juga sehingga ke hari ini.Sekali imbas kita lihat Sikap algojo saling tak tumpah seperti Amerika di bawah pemerintahan Bush yang menghalalkan apa sahaja perbuatan yang di lakukan oleh Israel di palestin.



Memali

Kisah "masscare" yang menyayat hati pasti tidak mungkin di lupakan sepanjang zamanTanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.Dalam Operasi yang berlangsung atas Arahan watak - watak utama tersebut telah mengorbankan sejumlah 14 orang pendudk kampung yang mana yang terkorban itu adalah Selain Alllahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud Libya ;-
1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin

2 - Ash Syahid Cikgu Shafie Bin Ali

3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad

4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang

5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin

6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir

7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir

8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail

9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman

10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim

11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman

12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan

13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan

Kezaliman Algojo tak terhenti di situ sahaja malah turut menahan seluruh penduduk kampung yang terdiri oleh wanita dan kanak - kanak menunjukkan perbuatan algojo yang langsung tak mengenal belas kasihan yang mana tingkah laku ini persis perbuatan Israel dalam tragedi Shabra - Shatila sehinggakan ia telah mencatat satu rekod buruk negara dalam pelanggaran hak asasi sedunia yang tak mapu di jawab walau seorang pun pemimpin algojo.


Kezaliman Algojo yang melampau hingga Allah S.W.T melenyapkan Algojo dari muka bumi buat seketika pada Tahun 1988 apabila Algojo United Malays National Organisation di haram kan pada tahun 1988,hingga usaha mendaftarkannya semula menjadi kesukaran.Dalam Buku yang di tulis oleh bekas SetiaUsaha Agung UMNO yang juga bekas menteri Penerangan iaitu Datuk Seri Mohamad Rahmat pernah menceritakan di dalam bukunya yang bertajuk AKHIR SEBUAH IMPIAN betapa pemimpin algojo terpaksa merempat di luar bilik persidangan apabila pemimpin - pemimpin Parti Komponen BN bersidang untuk memutuskan menerima kembali Algojo ke dalam BN atau tidak.Setelah merempat tanpa parti yang sah beberapa ketika barulah Algojo boleh di daftarkan semula maka lahirlah United Monkey of Nervous Oldies.

Jadi tak perlu kita lihat kes Beng Hock ini akan selesai dan menemui jawapan kerana sedangkan kezaliman - kezaliman yang terdahulu pun algojo akan selindungkan inikan pula kezaliman ke atas beng hock.Hanya apa yang mampu kita lakukan adalah hanya mendedahkan nya kepada rakyat 1 malaysia moga rakyat tahu ini kezaliman yang telah di lakukan oleh algojo.Moga Rakyat tahu yang mana Lubuk Merbau,Memali dan Teoh Beng Hock hanya akan menemui keadilan dan pembelaan apabila Algojo di "nyahkan" dari persada politik tanah air atau dengan erti kata yang lebih tepat turunkan Algojo United Monkey of Nervous Oldies dari Takhta Kerajaan Pusat,hanya itu sahaja cara membela keadilan bagi mereka.

Tiada ulasan: