Sehingga ke hari ini ramai yang masih mempertikaikan tentang kemenangan Tok Mat Isa walau sememang nya kita tahu yang mana memang algojo memanipulasi Undi tentera dan menggunakan kuasa autokrasi untuk berkempen bagi kepentingan parti sendiri dalam kem tentera di Port Dickson.Sememangnya kita tahu memang algojo telah menggunakan jentera kerajaan yang tak sepatutnya di gunakan untuk kepentingan parti.Kita mungkin akan menyalahkan pengundi - pengundi di Bagan Pinang kerana telah memilih pemimpin yang korup untuk memimpin mereka tapi itu bukan persepsi yang sepatutnya kita lihatkerana kalau di teliti dalam Parlimen Telok Kemang yang di sandang oleh Datuk Kamarul Abbas dari keADILan yang Mana 3 dari 2 DUN tersebut adalah di kuasai oleh Pakatan Rakyat mana mungkin kita boleh katakan yang Bagan Pinang adalah kubu kuat BN .
Apa yang sepatutnya kita lihat adalah prestasi atau "performance" yang telah di tunjuk kan oleh Tok Mat Isa pada ketika Tok Mat Isa memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada era 1994 hingga 1996.Bukan lah niat saya menulis posting ini adalah kerana untuk mengangkat algojo atau memuji mereka tapi realiti di sini yang harus di ambil contoh oleh pemimpin - pemimpin dalam Pakatan ialah Rakyat setempat kadangkala tak melihat langsung personaliti atau latarbelakang seseorang wakil rakyat meskipun segunung mana rekod kesalahan rasuah yang telah di lakukan oleh nya.Dari situ kita boleh lihat rakyat akan pilih wakil rakyat itu kerana Jasa dan personalitinya bukan kerana Parti nya.
Saya Masih ingat lagi ketika saya masih belajar di Tingkatan 1 di Kolej Tunku Ampuan Najihah(TANC) Seremban, pada ketika itu Tok Mat Isa belum lagi bergelar Tan Sri. Pada Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan buat kali pertama saya melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr.Wan Azizah ketika merasmikan Kompleks membeli belah Terminal One Seremban . Tok Mat Isa sudah menggerak kan usaha untuk membangunkan ekonomi Rakyat Negeri Sembilan.
Salah satu dari usahanya sebagai Menteri Besar dan ADUN pada ketika itu adalah membangunkan kawasan di sebelah Sendayan dan Labu Jaya terutama nya di Felda L.B Johnson yang mana kawasan itu mahu di bangunkan sebagai salah satu dari bahagian lanjutan kepada KLIA, Cyberjaya dan juga pembangunan Landasan KTM Komuter yang menyambungkan perjalanan dari Seremban - Tiroi - Labu -Nilai hingga ke Kuala Lumpur,ini secara tak langsung telah memudahkan perjalanan penduduk Seremban yang berulang - alik dari Seremban ke Kuala Lumpur.
Pada pandangan persepsi mungkin bukan itu yang di nilai Tapi yang sebenarnya di lihat adalah Prestasi Tok Mat Isa ketika membangunkan Felda Sendayan dan LBJ sehinggakan mereka berjaya menikmati gelaran sebagai Jutawan walaupun buat seketika.Biarpun pada ketika itu Tok Mat Isa juga yang menyelamatkan penduduk - penduduk Sendayan dan LBJ dari terus diperdaya kan oleh sebuah syarikat hartanah yang mahu membuat perjanjian jual - beli melalui penipuan oleh Labu Land Properties.
Kebanyakan peneroka Felda Sendayan dan LBJ sebahagian besarnya berasal dari Bandar Sunggala,Bagan Pinang,Pasir Panjang ,Telok Kemang,Lukut dan kampung Paya.
Hasil dari usaha Tok Mat Isa bukan sahaja keluarga di Sendayan dan LBJ malah keluarga mereka yang tinggal berdekatan juga dapat menumpang kemewahan hasil dari prestasi dan Jasa Tok Mat Isa.Oleh itu kekalahan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang harus di kesalkan tetapi ia sesuatu yang harus di ingat dan di contohi oleh semua pimpinan Pakatan kerana kadangkala Rakyat tak menilai sesuatu Calon Pilihanraya melalui rekod personalitinya tapi melalui Jasa dan Prestasinya,jadi pandai - pandailah membuat perbandingan mengapa orang bagan pinang masih memerlukan Isa Samad sebagai Wakil mereka dan menolak Zulkefly.Pandai - pandai lah membuat perbandingan mengapa Rakyat Kelantan masih mahukan Tuan Guru Nik Aziz dan menolak Awang Adek,adakah kerana Parti Tuan guru atau kerana Jasa dan Prestasi Tuan Guru kepada Rakyat Kelantan,maka begitu jua lah Isa Samad di Bagan Pinang maka jadikan lah ini sebagai contoh pada Pemimpin - Pemimpin dalam Pakatan untuk memberikan Khidmat dan Prestasi yang terbaik pada rakyat kerana ini yang akan di nilai oleh rakyat sebabnya rakyat akan fikir,apa kena - mengena rasuah pemimpin itu dengan mereka sedangkan melalui pemimpin itulah yang telah "mengeluarkan" mereka dari kesusahan.Jadi pada Pimpinan Pakatan fikirkan lah kerasionalannya kerana "Bagan Pinang" bukan kekalahan tapi SEKADAR TEGURAN pada pemimpin Pakatan moga prestasi dan Khidmat pada rakyat di pertingkatkan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan