Ahad, 25 Oktober 2009

Mengapa " Orang itu" pula yang di persalah kan?

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'? - Kata "kawan nie"



Bukan lah kerana nak membela "orang itu" tapi apakah kerana Tuan Guru pernah menyatakan "sayang" nya kepada "orang itu" maka "kawan nie" terus melabelkan yang Tuan Guru sebagai pilih kasih dan me"manja"kan orang itu yang di tuduh sebagai Parasit dalam kepimpinan PAS.Tapi bagi aku, aku rasa Tuan Guru belum lagi layak lagi untuk di "gantikan" kerana dalam 3 dekad perjuangan Tuan Guru kewibawaan Tuan Guru masih utuh lagi tapi mungkin ada kepudarannya tapi tidak lah terlalu "legap" hanya calitan - calitan yang masih mampu di bersihkan.Kebijaksanaannya untuk mencerna minda mungkin agak terhakis tapi Tuan Guru tidak ke seorangan dalam menyelesaikan masalah - masalah,Tuan Guru masih punya "jurnal" untuk di rujuk, masih punya Timbalan untuk berdiskusi dalam menyelesaikan andai tiba sesuatu kemelut.Janganlah menyerang tak tentu hala atas sebab mahu menukar atau mendisplinkan bukan menyingkirkan presiden yang sedia ada kerana di lihat seakan cuba menyimpang dari matlamat yang akan terbabas ke luar landasan,oleh itu "kawan nie" kena faham itu bukan melampau namanya...itu adalah untuk membetulkan mana yang silap.

Benarkah ada "acuman lain" yang menjadi penghasut ? kalau begitu apa lah guna nya para cendikiawan yang rapat kiranya tak mampu membantu Tuan Guru.Kalau benar ada maka tak percaya lah Tuan Guru kepada "hukum dakwa - dakwi" kalau "kawan ini" menuduh "orang itu" sebagai Penghasut kepada Tuan Guru.

Apa kah gagal Tuan Guru menjadi seorang bapa yang tidak berlaku adil pada anak - anaknya kepada anak - anaknya,kalau begitu perjuangan Tuan Guru selama ini sememangnya tiada kasih - sayang lah maknanya.Jadi jangan terlalu cepat melabelkan Tuan Guru sebegitu rupa hanya kerana marah kan "orang itu" kerana yang mana "kawan ini" tak tahu ke yang tiada pernah Tuan Guru mempertahan kan "orang itu" melainkan menyatakan sayangnya sahaja.

mengapa nak dirujuk mana - mana perlembagaan atau sejarah juga kenyataan pemimpin terdahulu juga menuduh ada yang menghalang orang buat pahala ini semua tak betul kawan...kerana di sini di lihat Tuan Guru tak pernah memprejudiskan pilih kasihnya terhadap seluruh kepimpinan PAS dari pucuk hinggalah ke akar Umbi dan tiada jua Tuan Guru meneybelahi puak Moderat - Liberal kerana apa yang Tuan Guru pertahankan adalah perkara yang di rasakan betul melalui rujukan dan kajiannya dan apa yang Tuan Guru tegah dan lawan adalah perkara yang di rasakan tak betul melalui pandangan kacamata dan pengalamannya selama ini.Bukannya nak membicara soal taghut atau Zionis kerana pada realitinya "benda tu" sedang berada dekat dengan persekitaran kita sekarang ini,cari lah dan kajilah dengan kebijaksanaan kamu wahai kawan. kadang kala cerita - cerita tentang ketidakberdayaan beliau untuk mengawal tokoh tertentu di Kelantan semakin riuh kedengaran adakah nak di letak kan tas batu jemala Tuan Guru semata - mata. Insya-Allah senjata akan makan tuan kalau kita silap menggunakannya begitu jua dengan kata - kata mu yang bagaikan hembusan wangian lavender wahai kawan.

Silakan panggil muktamar khas. Bincangkan dengan terbuka. Presiden boleh menjelaskan secara terang-terang mengapa beliau kian ragu dengan 'orang itu'.

Yeah itu yang tepatnya wahai kawan tapi apa yang kau sebutkan itu wahai sahabatku amat bercanggah sekali dengan apa yang di maksudkan dengan Prof.Dr Abdul Aziz Bari kerana di sini ku persoalkan di manakah tahap kefahaman mu dalam memahami "cuaca" dan Landskap politik negara kita yang sebenarnya wahai sahabat ku yang budiman.

Apa yang nak di jejerkan lagi mungkin kerana pujian "orang itu" kepada Salman Rushdie yang pernah mencaci Junjungan besar kita nak di perbesarkan dari segi mana tu sedangkan Salman Rushdie tak di angkat ke mana pun jadi "kawan nie" kena fahamkan sirah nabawiyah sebetul - betulnya mungkin marah sahabatku samalah dengan "bengkek" ku kepada Khalid Jaafar yang pernah memuji Loi Teck yang pernah mengagalkan gerakan Revolusi untuk membebaskan tanahair ini dengan menjadi tali barut kepada penjajah 3 muka,tapi itu pun tidak kusemarak kan seolah - olah menjadi dendam kerana itu janganlah hanya kisah lama nak di jadikan satu dendam kiranya "orang itu" dah berubah .Sebab bukan kau, aku dan "orang itu" malah kita semua menyayangi Junjungan besar kita.

Wahai kawan ku yang amat ku sayangi,bukan lah niat kita nak menyingkirkan Haji Hadi kerana walau siapa pun dia tetap manusia juga dan tak lepas dari melakukan kesilapan kerana Haji Hadi juga tak punya sifat "maksum",Ini semua cuma sekadar nak mengingatkan dan mendisplin pemimpin agar tak "terbabas" ke luar landasan. Jadi itu manfaat yang akan kita perolehi? kerana itu akan memusnah mudaratkan yang mungkin kita tempuhi? seperti yang kau kata kan parasit bukan dari luar tapi 'hasutan' parasit " itu datang dari dalam kerana apabila wujud geng - geng opportunnis maka perlu dan wajib bagi kita membersihkan nya? Bukan melenting sekadar menyuarakan pandangan dan saranan dalam penulisan blog dan oleh kerana itu musuh sememangnya sentiasa ketawa sebab kadang- kadang dah kena libas TKO pun boleh tersengih kerang busuk lagi?

Jika dengan memanggil muktamar khas tersebut,tak mungkin Presiden akan tersingkirkerana ia akan di tentukan oleh pertimbangan oleh perwakilan, jadi 'orang itu' sebenarnya tiada pengaruh wahai sahabatku dan segala macam kebatilannya itu sebenarnya di Propagandakan oleh "orang yang di sebelah sana" untuk melihat kita supaya berlagasesama sendiri, jadi hentikanlah persepsi mu ini kerana itu juga akan lebih mempercepatkan kehancuran sebuah gerakan Islam.

Ada baiknya kau menitipkan jalan keluar wahai sahabat dari terus menuduh dan melabelkan sebeginikerana dengan sikap mu yang sebegini akan membuatkan "Orang yang di sebelah sana" yang akan puas dan menang dengan kepunahan tersebut?

sama - sama lah kita mencari di mana sinar yang sebenar....

1 ulasan:

Us. Mohd Said berkata...

Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai.Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.