Ahad, 1 November 2009

Dakwaan Ezam wujud 3A dalam PKR Kelentong belaka: Chandra



SHAH ALAM - Dakwaan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor menyatakan PKR dimanipulasi 3A iaitu Datin Seri Wan Dr Azizah Wan Ismail (Presiden), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat) serta Azmin Ali (Naib Presiden) menjadi punca utama pemimpin parti itu meletak jawatan ternyata benar.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzzafar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan sendiri mengetepikan pendapat serta menolak pandangan daripada struktur kepimpinan sebenar.

Menurutnya, Anwar tidak memegang jawatan dalam parti tetapi menguasai keseluruhan parti itu menggunakan pendekatan sendiri.

“Anwar memanipulasikan isterinya serta Azmin yang sangat akrab kepadanya. Apa yang dikatakan oleh Ezam mengenai 3A memang benar, malah saya tidak menafikannya memandangkan PKR mempunyai masalah kepimpinan sejak dahulu lagi.

“Selagi Anwar tidak ubah, saya tidak nampak parti itu wujud sebagai wadah politik kukuh. Akhirnya mereka yang memegang jawatan formal antaranya Naib Presiden dan Ketua Bahagian diketepikan seperti yang berlaku baru-baru ini di mana bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kecewa dengan keputusan Anwar melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Chandra yang juga penganalis politik berkata, dalaman parti itu juga dilihat tidak kukuh kerana mempunyai 'penyakit dalaman' antaranya dikaitkan dengan puak dan kabilah.

Menurutnya, pada masa yang sama, Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan drastik di semua peringkat dalam usaha menolak unsur penyelewengan dan memilih pemimpin berintegriti.

*Ezam memang dah bergaduh dengan azmin sejak dulu lagi sebab berebut jawatan,jadi Azmin lah yang di terjangkan dalam masalah ni.Dr.Chandra cakap macam ni biasa lah kalau cari makan dengan algojo maka begini lah gayanya.Kalau dulu ini gaya Lokman Norr Adam kini di warisi pula pada Ezam dan Chandra...

Kalau anda nak tau....

Ketika Lokman menjaja cerita akan perihal PKR duhulu ada Lokman sebutkan dalam kempennya di seksyen 9 sebelum pilihanraya 8 March dahulu ada Lokman sebutkan yang Ezam bina rumah besar menggunakan duit dari derma orang ramai , untung buat poster dan songlap duit PKR,kalau ini benar apa perlu kita percayakan Ezam?

Chandra Muzaffar ni pun pelik? bagaimana boleh di katakan dia Timbalan Presiden PKR sedangkan keADILan dan PRM bergabung pada tahun 2003 dan Mela'un ni resign lepas dia keluar dari kemunting pada tahun 2001? jadi bagai mana kita harus percaya kerana ini semua tak lebih dari kelentong semata - mata.

Tiada ulasan: