Ahad, 1 November 2009

Guantanamo dah tutup kemunting bila lagi

Enam tahanan Guantanamo mula hidup baru

KOROR - Enam tahanan Islam Uighur dari penjara Teluk Guantanamo tiba di Palau, negara kecil di Pasifik, dalam usaha terbaru Presiden Barack Obama menutup penjara kontroversi itu.

Seorang peguam berkata, kesemua tahanan itu tiba di Palau untuk memulakan kehidupan baru mereka.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berkata, kesemua tahanan itu dibebaskan selepas tidak lagi dianggap sebagai pejuang musuh.

Keenam-enam tahanan itu dikenali sebagai Ahmad Tourson, Abdul Ghappar Abdul Rahman, Edham Mamet, Anwar Hassan, Dawut Abdurehim dan Adel Noori.

"Kesemua lelaki ini mahu kehidupan aman dan bebas di sebuah negara demokratik," kata peguam Eric Tirschwell.

Presiden Palau, Johnson Toribiong berkata, bekas tahanan itu akan dimasukkan ke dalam program peralihan.

"Kerajaan Palau akan memberikan rawatan perubatan, kediaman dan pendidikan sehingga mereka bersedia untuk menjadi sebahagian anggota masyarakat negara ini," katanya.




KEM TAHANAN KEMUNTING?


Nak tanya gak kat mat Monggol kat Braderr...Sham Anchor Beer,Barack Obama dah tutup Guantanamo Bay kini persoalannya bila nak tutup Kem Tahanan Kemunting? bila nak bebaskan tahanan yanag selebihnya? enam tahanan Guantanamo bay itu di berikan kehidupan aman dan bebas di sebuah negara demokratik," kata peguam Eric Tirschwell tapi bagaimana dengan kehidupan bekas tahanan macam Mat Sah Mat Satray yang di kongkong pergerakan nya?

enam tahanan Guantanamo bay di berikan rawatan perubatan, kediaman dan pendidikan sehingga mereka bersedia untuk menjadi sebahagian anggota masyarakat negara palau tapi bekas tahanan Kemunting di negara ini dapat apa? nampaknya kerajaan Algojo United Monkey of Nervous Oldies lebih Jahanam dari Amerika......

Tiada ulasan: