Mahkamah Tinggi isytihar DUN Siputeh kosong
KUALA LUMPUR - Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada me:nghadiri persidangan DUN esok (hari ini).
:Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
:“Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,” katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.
:Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan Kerajaan Negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.
Katanya, Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai ADUN ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.
“Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya
Woitt....Wak Din sembab rilek dulu jangan mengelabah.....Demam Bagan Pinang belum surutlagi tapi kitorang dah ready,itu hari boleh lah..pasal algojo man undi askar...Wak Din Pulak bercakap melebihkan kan Tuan Speaker skang....neh terbukti Wak in Muka tak malu......
Wak Din patut hantuk kan sikit kepala tu ke dinding untuk kurangkan lemak yang melilit kat kepala,pasal banyak sangat lemak tu yang buat kepala bangang sangat!!!! sebelum ni Wak din pikir dia yang melebih kan kuasa speaker pandai - pandai pergi arahkan ADUN yang dah hilang kerusi untuk hadiri sidang DUN.
Hari ni kita tengok pulak sama ada Wak Din Berani tak pertikaikan kan keputusan Mahkamah Tinggi atau tidak.Tak pun Mungkin Mat Monggol sengaja bagi menang kes sebab mat Monggol rasa dengan situasi yang terjadi sekarang ini adalah masa yang sesuai aku dapat lebih kemenangan??? heh..takut UMNO je yang masuk masuk perangkap kot.
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan