-
Selasa, 17 November 2009
Kalau dah Algojo United MuNkeE Rasuah Kaw - kaw mana tak rakyat risau
Mat Monggol pernah berkata dalam perhimpunan agung Babun - babun dan MuNkeE -MuNkeE pada tahun lepas yang mana Rasuah ini ibarat "beri salah tak beri nanti kita kalah" oleh itu Algojo MuNkeE rasa serba salah bagai mana untuk menangani Gejala rasuah yang telah di pupuk oleh UMNO dan geng - geng Babun Negara sejak lama dulu.Hal ini amat di risaukan oleh rakyat 1 malaysia seperti yang di luahkan dalam akhbar sinar harian.
Rakyat risau cara kerajaan tangani rasuah
SHAH ALAM – Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre menunjukkan 74 peratus rakyat risau dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu rasuah dalam negara.
Kaji selidik yang dibuat menerusi panggilan telefon melibatkan responden berumur 21 tahun ke atas sejak awal tahun ini juga mendapati kes jenayah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 81 peratus.
“74 peratus tidak puas hati dengan kerajaan menangani rasuah, jumlah 67 peratus juga tidak senang dengan cara kerajaan menangani masalah-masalah sosial. Di antara mereka yang disurvei, yang sangat tinggi 66 peratus juga tidak puas dengan bagaimana jenayah dan keselamatan awam sedang ditangani. Tidak mengejutkan, 81 peratus responden merasa rasuah adalah masalah serius,” kata kenyataan media berhubung kaji selidik yang disiarkan menerusi laman web itu di alamat www.merdeka.org.
Kaji selidik itu juga mendapati, rakyat negara ini risau dan berharap pemimpin dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kes jenayah.
Sementara itu, krisis ekonomi berada di tangga kedua dengan peratusan sebanyak 31 peratus di belakang kes jenayah rasuah.
Ia diikuti masalah soasial dengan 12 peratus dan 10 peratus adalah kes jenayah dan keselamatan awam negara.
Dalam perangkaan tersebut, sebanyak 42 peratus adalah jenayah rasuah jenis berdaftar diikuti kes penipuan (37), rasuah dalam kalangan ahli politik (34), rasuah besar (30) dan rasuah pentadbiran, 24 peratus.
Sebanyak 58 peratus jenayah rasuah negara telah diperolehi dengan tersebarnya berita-berita di dalam akhbar.
Ia termasuklah kes yang melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Selain itu, beberapa nama tokoh politik juga turut menghadapi tuduhan kes rasuah termasuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Ketidakstabilan politik dan rasuah berdaftar adalah antara faktor mengapa rakyat mendakwa negara ini sudah tidak ada hala tuju.
Oleh itu telah kita lihat dengan jelas RASUAH memang sinonim dengan UMNO,jadi cara untuk menanganinya ialah menyepak - terajang UMNO hingga ke liang lahad baru lah kita boleh mulakan usaha untuk menangani RASUAH sebab lihat lah dalam kes - kes yang berlaku bila wak botox buat rumah 24 juta sekor MuNkeE pun dari SPRM tak nak siasat,yang di siasat ialah Teoh Beng Hock,bila bukti tak jumpa dan gagal memaksa Beng Hock mengaku atas kesalahan yang tak di lakukannya,mereka campak Beng Hock dari tingkat 15.Manakala Tan Sri Khalid pula di kaitkan pula dengan salah laku lembu korban,sedangkan lembu tu Tan Sri Khalid tak makan pun.Tuan Guru Nik Aziz pula cuba di jebak kan dengan salah laku "ibadat Haji" pula sedangkan skandal PKFZ yang menelan berbilion - bilion duit rakyat, sekor MunKeE pun tak nak siasat.
Jadi pada rakyat 1 malaysia jawapan kepada RASUAH ini mudah sahaja,nafi kan Undi UMNO dan Barisan Nasional dalam mana - mana jua pilihanraya kerana hanya itu sahaja penyelesaian terhadap masalah rasuah yang melanda negara kita.
Di Laporkan oleh
LeeSlimShady
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan